Isnin, 21 September 2015

Filem : Girlfriend Kontrak



filem terbaru 2015, filem girlfriend kontrak, sinopsis filem girlfriend kontrak


Sinopsis Filem Girlfriend Kontrak. Bermula 24 September 2015, Girlfriend Kontrak, sebuah filem terbitan Grand Brilliance akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Keith Foo dan Risteena Munim akan bergandingan sebagai hero dan heroin filem ini.
filem terbaru 2015, filem girlfriend kontrak, sinopsis filem girlfriend kontrak
Filem Girlfriend Kontrak bergenre romantik komedi dan telah diarahkan oleh Virginia Kennedy. Antara pelakon lain yang turut sama membintangi filem ini adalah Bront Palarae, Fara Fauzana, Azad Jasmin, Dayana Roza dan Mustapha Kamal.
SINOPSIS FILEM GIRLFRIEND KONTRAK 
Girlfriend Kontrak mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Alisa lakonan Risteena Munim. Dia mempunyai misi untuk menyelamatkan kelip-kelip kesayangannya daripada dimusnahkan oleh sebuah projek pembangunan. Projek tersebut dimiliki oleh seorang jutawan bernama Umar, lakonan Keith Foo. Umar ini jenis lelaki buaya darat.
Hendak dijadikan cerita, berlakunya satu konflik di mana Alisa terpaksa menjadi teman wanita kontrak kepada Umar dan dia menerima bayaran upah RM3,000 seminggu.


filem terbaru 2015, filem girlfriend kontrak, sinopsis filem girlfriend kontrak

Apa akan jadi seterusnya? Berjayakah Alisa dalam misi menyelamatkan kelip-kelip kesayangannya?
Kalau nak tahu kesudahan kisah ini kenalah saksikan filem Girlfriend Kontrak di pawagam bermula 24 September ini. 



filem terbaru 2015, filem girlfriend kontrak, sinopsis filem girlfriend kontrak



TAJUK : GIRLFRIEND KONTRAK 
Tarikh Tayangan : 24 September 2015
Genre : Romantik / Komedi
Pengarah : Virginia Kennedy
Pelakon :  Keith Foo, Nur Risteena, Bront Palarae, Fara Fauzana, Azad Jasmin, Dayana Roza, Mustapha Kamal, Daiyan Trisha
Terbitan : Grand Brilliance