Jumaat, 11 Disember 2015

Drama Cik Cinderella dan Encik Tengku (TV3)



Drama baru adaptasi novel Cik Cinderella dan Encik Tengku karya Airisz akan datang di slot Lestary TV3. Drama ini akan diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Mempertaruhkan gadingan Shukri Yahaya dan Zahirah Macwilson sebagai pelakon utama. Turut dibintangi oleh Shah Iskandar, Puteri Aishah, Zulin Aziz dan ramai lagi. drama ini akan mula bersiaran pada 16 Disember 2015.




drama tv3, drama cik cinderella dan encik tengku






SINOPSIS CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU

Mengisahkan Puteri Nuraisha yang kehidupannya bersama keluarga yang seakan meminggirkannya, Puteri mempunyai seorang ibu tiri dan kakak tiri, Puteri sering terasa terpinggir akan layanan ayahnya yangg sering melebihkan kakak tirinya iaitu Sha. Puteri mempunyai seorang kekasih yang bernama Ashraf, seorang lelaki yang sering mengharapkan wang perempuan. Kehidupan Ashraf yang sering dilimpahkan wang oleh keluarganya sendiri, membuatkan perasaan Puteri terhadap Ashraf semakin pudar tatkala Ashraf yang sering meminjam wang tanpa membayarnya semula, semakin hari sikap Ashraf semakin membuatkan Puteri semakin bosan, perkenalan Puteri dengan Daniel yang dikatakan mempunyai raut wajah yang elok membuatkannya semakin jauh hati dengan Ashraf. Sedikit demi sedikit Puteri telah jatuh cinta terhadap Daniel dalam diam, dengan sikap Daniel yang sangat menyenangkan membuatkan Puteri semakin berbunga-bunga terhadap Daniel, tapi dalam masa itu Puteri juga dalam dilema untuk mengahwini Ashraf. Puteri terperangkap antara cintanya terhadap Daniel dan perkahwinan tanpa rasan cinta dengan Ashraf kerana amanat arwah ibunya,.

Segala perancangan perkahwinannya bersama Ashraf telah dirancang dengan rapi oleh ibu tirinya. Pelbagai persiapan telah diatur, dalam masa yang sama tanpa diketahui oleh Puteri, kakak tirinya iaitu Sha telah menjalinkan hubungan cinta dengan Ashraf. Sha dan Ashraf telah lama menjalinkan hubungan cinta tanpa diketahui oleh sesiapa, sungguh bijak mereka merahsiakannya, segala perilaku Puteri sering dipantau oleh Sha akibat rasa cemburunya. Andai Puteri berjumpa dengan Ashraf, pertelingkahan sering terjadi antara mereka, segala yang dirahsiakan oleh Sha dan Ashraf selama ini terbongkar dengan kejadian yang sangat mengaibkan, segala perncangan perkahwinan Puteri dan Ashraf terganggu dek kerana Puteri tidak ingin meneruskannya lagi. Konflik terjadi tatkala persiapan telah direncanakan dengan bajet yang melampau, kerana peristiwa yang memalukan itu semuanya menjadi kucar kacir sehingga Sha sanggup menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan demi cintanya terhadap Ashraf. Saat genting inilah Daniel terus bersama Puteri, apakah yang terjadi seterusnya? Apakah Puteri akan bersama dengan Ashraf walaupun peristiwa yang memalukan itu telah terjadi demi sebuah amanat seorang ibu? Atau Puteri mengenepikan amanat itu dengan memilih Daniel? Apa pula yang akan terjadi kepada kakak tirinya Sha?






drama tv3, drama cik cinderella dan encik tengku



drama tv3, drama cik cinderella dan encik tengku


drama tv3, drama cik cinderella dan encik tengku





drama tv3, drama cik cinderella dan encik tengku







Selasa, 8 Disember 2015

FILEM : KERANDA TOK WAN TERBANG

filem, filem terbaru 2015, filem keranda tok wan terbang, sinopsis filem keranda tok wan terbang



Filem ini mengisahkan tentang sebuah kampung yang dikejutkan
dengan berita kematian seorang penduduk. Namun, satu perkara pelik berlaku selepas Husin ( Yassin SYJ) dan Hasan (Shuk SYJ) tersalah sebut nama orang yang meninggal, kekecohan mula berlaku dan bermulalah adegan kacau bilau di kampung tersebut. Tok Wan Terbang ( Rahim R2) pula seorang penggali kubur yang pelupa. Walaupun sudah diberitahu tentang kematian di kampung tersebut, dia tetap terlupa siapa yang baru meninggal. Tapi apa kaitan Tok Wan Terbang dengan keranda terbang? Hihi! Nak tau sebenarnya siapa yang terbang? Jangan lupa tonton filem ni tau!

filem, filem terbaru 2015, filem keranda tok wan terbang, sinopsis filem keranda tok wan terbang





filem, filem terbaru 2015, filem keranda tok wan terbang, sinopsis filem keranda tok wan terbang




filem, filem terbaru 2015, filem keranda tok wan terbang, sinopsis filem keranda tok wan terbang



filem, filem terbaru 2015, filem keranda tok wan terbang, sinopsis filem keranda tok wan terbang


 TAJUK : KERANDA TOK WAN TERBANG
Tarikh Tayangan : 10 Disember 2015
Genre : Komedi / Seram
Pengarah : Hashim Rejab
Pengarah : Hashim Rejab
Pelakon : Yassin, Shima Anuar, Rahim R2,
Syuk SYJ, Mak Jah, Epy Kodiang
Terbitan : MIG Pictures Sdn Bhd