Selasa, 23 Disember 2014

RESEPI : Cup Cake Chocolate

resepi cup cake chocolate, resepi cup cake coklat
Bahan-bahan:

* 100g Serbuk Koko*
* 180g Gula pasir*
* 1 tin Susu sejat*
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 250g Susu Pekat*
* 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
* 150g Tepung Gandum
* 1 st Soda Bikarbonat
* 1st Baking Powder

*Papercups/kertas cawan secukupnya

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk. Setelah sebati,tapis adunan kek untuk mendapatkan tekstur kek yang halus dan benar2 sebati.
3. Masukkan adunan separas 2/3 ke cawan kertas. Memandangkan adunan agak cair,adalah mudah untuk menuang adunan menggunakan jug ke dalam papercup. Bakar selama 20 minit bergantung pada jenis oven dan saiz papercup.
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn buttercream atau hiasan pilihan..enak juga dihidangkan begitu sahaja.. Selamat mencuba!


Rabu, 17 Disember 2014

Lirik Lagu : SELAMA KU BERNAFAS - SHAM KAMARUL OST Bila Hati Berbicara








LIRIK LAGU: SELAMAKU BERNAFAS- SHAMKAMARUL


Selagi jantungku berdetak di dalam tubuh
Aku kan menjaga cintamu di dalam hatiku
Selama bintang selalu ada di malam-malammu
Aku kan menjadi cahaya di dalam gelapmu

[chorus]
Andai dia tak bisa denganku
Aku relakan hidupku tanpa cinta, seumur hidupku
Tuhan ku harap sekali saja
Aku bisa mencintai dan dicinta, seumur hidupku

Dan ku berjanji
Seperti mentari yang menemani hari
Dan ku pastikan
Hidupmu tak akan pernah menangis kernaku

[repeat chorus]

Andai dia tak bisa denganku
ooo..ooo..oooo
Seumur hidupku
Tuhan ku harap sekali saja
ooo.. ooo.. ooo..

Seumur hidupku

Biar sekali saja


Lirik Lagu: JATUH CINTA- iamNeeta


Hye !! Comfirm semua tahu, cerita yang sedang ditayangan di TV3  iaitu BILA HATI BERBICARA yang bakal habis pada hari isnin nie . Tapi tak semua yang tahu OST lagunya .. Kannn??? Nak tahu ? Ok, nie adalah salah sebuah lagi OST BILA HATI BERBICARA Scrolll down ! :)









LIRIK LAGU: JATUH CINTA- IAM NEETA



Aku tak bisa menyedari
Kamu cinta aku
Tentang kamu
Tak pernah ku hargai

Kini aku jatuh cinta
Pada matamu yang terindah
Kau membuatku dekat padamu

Kini ku bisa menyedari
Erti cinta kamu
Tentang aku
Selalu kau hargai

Kini aku jatuh cinta
Pada diri kamu
Segenap hujung duniaku
Ingin kau tahu

Kini aku jatuh cinta
Semua tentang kamu
Sehingga hujung duniaku
Ingin kau tahu

Kini aku jatuh cinta
Semua tentang kamu
Sehingga hujung duniaku
Jatuh cinta

Kini aku jatuh cinta
Pada diri kamu
Segenap hujung duniaku
Ingin kau tahu

Kini aku jatuh cinta
Semua tentang kamu
Sehingga hujung duniaku
Jatuh cinta



#jangan lupa saksikan episod terakhir BILA HATI BERBICARA




Selasa, 7 Oktober 2014

NOVEL : RINDU KAMU MR. DARCY



novel rindu kamu mr. darcy, sinopsis rindu kamu mr. darcy, rindu kamu mr. darcy, novel terbaru 2014







SINOPSIS NOVEL :RINDU KAU MR. DARCY


 Kisah antara Faris dan Hayfa. Faris seorang lelaki yang sangat mementingkan maruahnya dan Hayfa pula seorang perempuan yang sangat prejudis.
Perkenalan bermula dengan penuh rasa kebencian. Mereka saling berharap tidak akan bertemu dengan salah seorang daripada mereka dalam dunia ini.
“Awak memang kaki skodeng, ya? Awak ikut saya sampai ke sini, ya? Awak ni sakit jiwa ke apa?”
“Eh, Encik Faris yang semuanya sempit, awak ingat saya ingin sangat ke tengok muka awak ada dekat sini. Huhhh!!!”
Tapi...
Orang kata, jangan benci sangat nanti lama-lama jadi sayang. Sayang ke kalau hanya seorang saja yang meluahkan perasaan, yang lagi seorang masih tidak bersedia?

“Tolonglah Hayfa, terimalah saya dalam hidup awak. Bukan senang nak mengajar hati saya untuk tidak jatuh cinta kepada awak. Bukan senang nak mengajar hati saya untuk berpisah dengan awak. Ini pun... Rindu sangat-sangat.”- FARIS DARWISY
Muncul pula Haziz Mukhlis, menambahkan lagi prejudis Hayfa kepada Faris. Adakah Hayfa mempercayai cerita Haziz sehingga takut menerima cinta Faris? Perlukah Faris mengetepikan maruahnya demi cintanya kepada Hayfa?
“Siapa awak sebenarnya?” - HAYFA IDHAR
“Seorang yang mencintai awak tanpa mengharapkan balasan.” - FARIS DARWISY
Mungkin untuk mengenal cinta perlukan rindu..


hANYA :
Semenanjung : RM18
Sabah/Sarawak : RM21
SELAMAT MEMBACA & SALAM AIDILADHA 2014

Novel : CALON ISTERI JUTAWAN

novel calon isteri jutawan, sinopsis calon isteri jutawan,
 
Mereka manja, cantik, seksi dan menawan. Ya! Merekalah calon-calon isteri jutawan.
Pencarian isteri untuk si jutawan bermula. Siapakah si bertuah yang dapat menyandang gelaran isteri si jutawan, IZZAD DANIEL? Wanita yang terpilih bakal mewarisi empayar perniagaannya yang bernilai jutaan ringgit.
Dia NURUL IZYANIE. Hanya gadis biasa yang memerlukan wang. Namun dia juga ingin mencuba nasib. Temu duga itu dihadirinya dengan penuh harapan.
“Lemah lembut? No… Manja? No… Seksi pun tidak. Nampaknya awak tak lulus.”
“Kalaupun saya tak layak, tak perlulah encik nak hina saya macam ni.”
“Saya bukannya nak hina awak. Tapi, awak betul-betul dah salah tempat. Ini temu duga untuk mencari calon isteri saya, bukannya temu duga untuk mencari akauntan.”
Apa? Dia sudah tersalah tempat temu duga! Hancur harapannya untuk menjadi seorang akauntan di syarikat terkemuka itu. Ingin saja dia pulang ke kampung kerana terlampau kecewa.

Anehnya. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba dia menerima tawaran bekerja. Tetapi, bukan sebagai kerani, setiausaha, mahupun akauntan. Sebaliknya...

“Cik telah terpilih sebagai calon akhir untuk memegang jawatan isteri saya.”
“Terima kasih Encik Izzad atas tawaran yang menarik ini tapi saya tidak berminat. Nak cari isteri bukan macam mencari ikan di pasar.”
“Kalau awak tak terima, awak tahulah apa nasib awak. Bukan susah kalau saya nak jatuhkan seseorang seperti awak. Malah satu keluarga awak pun saya boleh jatuhkan.”
Atas sebuah ugutan, dia terpaksa menyertai rancangan gila itu. Berhadapan dengan sembilan orang calon yang obsesi dengan si jutawan, apakah kesudahan nasibnya? Selamatkah dia dikelilingi Sally, Tengku Fathiah yang ternyata iri dengan kehadirannya? Mari selesaikannya dalam Calon Isteri Jutawan.


Semenanjung : RM25
Sabah/Sarawak : RM28
Selamat membaca !!

Rabu, 2 Julai 2014

Resepi Ayam Sweet Sour

 
 
 
 
 
resepi ayam, resepi ayam sweet sou 
 
 
 
 
Masa:
Penyediaan: 45 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 55 minit
Jumlah Hidangan : 3 orang

Bahan-Bahan:

  • 300g dada ayam, potong dadu
  • 3 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum
  • 1/2 biji capsicum hijau
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji telur
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 inci halia, hiris nipis
  • 1 biji tomato, potong dadu
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • Nenas, potong dadu (pilihan anda)
  • Daun bawang
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Perap ayam yg telah dipotong dadu bersama serbuk black pepper dan garam selama 1/2 jam.
  2. Gaulkan ayam yang telah diperap bersama telur. Celup isi ayam di dalam tepung dan goreng sehingga garing. Angkat dan sejukkan.
  3. Untuk kuah, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan tomato dan kacau sehingga tomato hancur. Masukkan sos cili, nenas dan sos ikan. Tuang sedikit air dan masak sehingga pekat. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung jika anda mahu kuah menjadi lebih pekat.
  4. Masukkan ayam goreng tadi bersama capsicum, bawang besar, garam dan gula secukup rasa.
  5. Angkat dan hidangkan bersama sedikit hirisan daun bawang atau cili merah. 
 
 
 
 
#salamRamadhan .
#100copy
 
 
 
 
 

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api

 
 resepi ketam, resepi ketam masak lemak cili api



 
Masa:
Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 15 Minit | Keseluruhan: 35 minit

Jumlah Hidangan : 2 Orang Makan

Bahan-Bahan:

  • 3 ekor ketam segar
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 helai daun kunyit, carikkan
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugor
Bahan untuk kisar halus:
  • 5 biji cili api
  • 2 biji cili merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Secubit belacan

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.
  2. Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.
  3. Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.

Tips: Jika ketam betina yg mempunyai telur anda tidak perlu buang kulit (seperti dalam gambar). Jika ketam biasa, buang kulit dan potong dua bahagian dan leraikan kaki bersepit.




#selamatmemasak
# 100 copy

#salam4ramadhan :)



Ahad, 18 Mei 2014

Novel : SUAMI EKSPRES






novel suami ekspres, sinopsis suami ekspres, novel keluaran 2014,



SINOPSIS :  NOVEL SUAMI EKSPRES


FARIS AR RAYYAN- Pensyarah muda yang dididik dengan dan tarbiah yang hebat. Dididik supaya menghargai, melindungi dan meraikan wanita disekelilingnya. Dia dilamar oleh sahabat abinya, Encik Nazri untuk menjadi suami kepada anak gadisnya sebelum lelaki itu berangkat ke Jepun.
ADRIANA QISTINA - Seorang gadis yang positif dengan hidupnya sendiri. Daripada gadis biasa, dia bertukar menjadi gadis yang luar biasa kesan bertemu suami solehnya. Walaupun masih muda namun tingkah lakunya matang melebihi usia.
Mereka dijodohkan dengan pilihan keluarga. Baru bahagia dirasa, ujian sudah datang menyapa. Kejadian yang menimpa orang tua Adriana dan kemunculan Aqil merupakan tamparan hebat buat mereka.
“Adriana Qistina adalah tanggungjawab dan amanah Faris Ar Rayyan. Abang nak bawa Riana menuju ke syurga Allah. Biar cinta kita sama-sama mekar menuju cinta Ilahi.” – FARIS
“Cukuplah Riana punya suami soleh yang berusaha membawa cinta kita menuju cinta Ilahi dan Riana akan berusaha sungguh-sungguh untuk menjadikan cinta kita cinta 'high class' di mata Pencipta.” - ADRIANA

Mampukah cinta mereka menuju cinta Ilahi dan seterusnya menggapai syurga Ilahi? Bagaimanakah Adriana dan Faris mengemudi bahtera rumah tangga mereka berpaksikan cinta kerana Allah? Mekarkah cinta mereka menuju cinta Ilahi?



Enjoy !!

Sabtu, 26 April 2014

Novel : BABAK TERAKHIR






novel keluaran 2014, novel babak terakhir, sinopsis novel babak terakhir




SINOPSIS : Novel BABAK TERAKHIR 



 “Nama I Emrizal bin Mokhtar. Sofea, you masih ingat dekat I, kan?” -RIZAL
“Mana boleh lupa, tempat jatuh lagikan dikenang. Ini pula pembuli durjana macam kau!”-SOFEA
Hati SOFEA ANNISA bagai dilanda Garuda apabila ingatannya singgah kepada Rizal a.k.a Jai yang kuat membulinya ketika zaman kanak-kanak. Jai, ‘si monster’ yang pernah mengikat dirinya di pohon rambutan, menyumbat mulutnya dengan pasir sungai, menyimbah dirinya dengan air perigi yang sejuk.
Perasaan menyampah terhadap Rizal mendorong Sofea membalas dendam terhadap encik pembuli itu.
Errr… Kita nak naik skuter ni?”- RIZAL
“Jaiho, cepatlah naik! Lembab betullah kau ni! Tadi beria-ia nak ajak keluar jalan-jalan! Suruh pakai helmet pun macam Perempuan Melayu Terakhir!” - SOFEA


Enjoy !!!

Isnin, 14 April 2014

Lirik Lagu PELARIAN - Sakura Band ft Adi Sixth Sense







Lirik Lagu Pelarian - Sakura Band ft Adi Sixth Sense OST AKU ISTERINYA


Engkau datang kepadaku
Dengan sejuta harapan
Kau janjikan cinta itu

Ternyataku hanya persinggahan
Hatimu yang luka
Sungguh ku tak sangka

Dan saat kekasihmu
Inginkan kau kembali

Tinggalkan aku
Lupakan ku
Kembalilah kau kepada dirinya
Kerna kutahu
Cinta ini
Hanya pelarian bagimu

Ulang( dari mula )

Tinggalkan aku
Lupakan ku
Kembalilah kau kepada dirinya
Kerna kutahu
Cinta ini
Hanya pelarian bagimu 
Hanya pelarian bagimu 






enjoy !!!