Ahad, 15 Mac 2015

Novel : Cinta Si Wedding Planner






novel terbaharu 2015, novel cinta si wedding planner, sinopsis novel si wedding planner










Perebutan tempat parkir kereta menjadi permulaan peristiwa kisah Zara si wedding planner  dengan Fariz, bekas tentera laut yang berhati batu.
 Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan mak lang dan pak lang hancur si tengah jalan.
 Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka antara Zara dan Fariz. Meski Fariz selalu mengejek Zara, hanya lelaki itu dapat membuatkan Zara melupakan Bazli. Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya.
 “Kerusi kereta kau ni buat aku sakit badan la.” - FARIZ
“Ni hanya kerusi kereta, bukannya tilam King Koil!”- ZARA
“Kalau ya pun, tukarlah kerusi empuk sikit. Recaro ke.” – FARIZ
 Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz.
 Abang teringin pankek, jem blueberry, and omelette for breakfast. Boleh sayang buatkan untuk abang?” – FARIZ
 "For you, my dear... I will do anything for you.” - ZARA
 Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih.
 “Hanya satu aje permintaan Zara. Kejujuran! Zara hanya nak kejujuran daripada abang.”
“Dia kekasih aku! Dah lama kami bercinta! Puas?”
Jawapan Fariz bagaikan sembilu tajam menusuk hati Zara. Fariz bertukar 360 darjah setelah munculnya wanita itu dalam rumah tangga mereka. Adakah rasa cinta terhadap kekasih lama Fariz masih mekar dalam hati lelaki itu melebihi rasa kasihnya kepada Zara?  Mampukah ikatan suci yang dahulunya kembang dengan bunga-bunga kebahagiaan dapat diselamatkan.



RESEPI : Spaghetti Carbonara

resepi spagheti, resepi spaghetti carbonara
Spaghetti Carbonara
Bahan-Bahan :

500 gram spaghetti
3 sudu besar minyak zaitun atau minyak masak
1 biji bawang besar didadu

3 biji bawang putih dihancurkan
1 peket sosej ayam dipotong ikut suka hati
Isi ayam di potong kecil

3 biji telur
200 ml double cream
100 gram keju Parmesen yang diparut
Hirisan cili padi sebagai penambah rasa
Cara-cara :

Rebuskan spaghetti di dalam air panas yang dicampur dengan minyak dan garam sehingga empuk.

Tumis bawang besar dan putih sehingga garing. Masukkan isi ayam dan sosej. Biarkan sehingga masak dan kekuningan.
Pukul telur sehingga sebati. Campurkan cream, parmesen dan masukkan sekali serbuk lada hitam. Kacau.

Tuangkan ke dalam kuali. Masak dengan api sederhana perlahan.

Apabila mereka semua dah masakdi dalam kuali. Jangan masak sampai kuah kering. Biarkan sedikt basah. Tutup api.
Hidangkan dengan taburan  lada hitam dan lebihan keju parmesen.

Untuk rasa yang lebih sedap. Bakar spaghetti di dalam oven selama 4 minit. Supaya keju tadi cair sekejap.