Ahad, 8 September 2013

Movie : Lagenda Budak Hostel

lagenda budak hostel, LBH, sinopsis lagenda budak hostel
Sinopsis Lagenda Budak Hostel (LBH) 


Lagenda Budak Hostel (LBH)  
mengisahkan gelagat pelajar hostel atau asrama iaitu Along Cham sebagai Kodan dan Along Eyzendy (Put) yang melakonkan watak pelajar tingkatan enam dan senior di sekolah berasrama penuh yang terpencil di sebuah pekan. Gelagat mereka cukup mencuit hati.

Apatah lagi, kedua-duanya cukup disegani dan digeruni pelajar lain di asrama itu yang berhadapan kes buli setiap hari. Bahkan, yang bagusnya setiap aktiviti nakal dilakukan Put dan Kodan tidak pernah ditangkap warden asrama, Cikgu Angah (Angah Raja Lawak). Malah, mereka juga bersaing merebut hati Seroja.

Seroja (Nora Danish) adalah anak gadis Cikgu Angah yang jelita. Justeru, dia menjadi pujaan ramai di asrama itu. Jadi, bagi mendapatkan perhatian Seroja, maka Put dan Kodan yang bersahabat baik sentiasa bersaing. Hinggalah, suatu hari muncul pelajar baru, Kicap (Epy Raja Lawak) yang sedia membatu.

Kicap mengingatkan mereka supaya bersaing dengan cara betul untuk tonjol kehebatan masing-masing yang akhirnya mampu menambat hati Seroja. Bahkan, Kicap mencabar Put dan Kodan supaya bertanding memenangi kerusi pelajar dan sekali gus berjaya memikat Seroja seperti yang diimpikan.


Masalah, hanya seorang saja yang akan berjaya memegang gelaran ketua pelajar itu. Maka, bermulalah 'peperangan' antara dua sahabat itu dalam usaha menarik undi siapa paling banyak. Malah, pelbagai taktik sanggup dilakukan mereka yang tidak mahu mengaku kalah demi mendapatkan cinta daripada Seroja.

Apakah usaha Put dan Kodan akan menemui kejayaan? Bagaimana pula dengan hubungan persahabatan mereka yang barangkali tergugat dengan persaingan itu?


scroll down :

lagenda budak hostel, LBH, sinopsis lagenda budak hostel




lagenda budak hostel, LBH, sinopsis lagenda budak hostel




lagenda budak hostel, LBH, sinopsis lagenda budak hostel



lagenda budak hostel, LBH, sinopsis lagenda budak hostel





* DON ' T FORGET TO SHOW 
12 SEPTEMBER 2013 


terima kasih kerana singgah 

Sabtu, 7 September 2013

Novel : Dia Random Guy




novel dia random guy , sinopsis dia random guy



SINOPSIS


 Kerana tidak mahu dicop sebagai ‘loser’, Alina Suffiya bertindak pantas menarik lengan jejaka ‘random’ untuk diperkenalkan sebagai tunangannya. Apa nak buat, hanya si random itu saja yang dia nampak ketika itu.

Hidup Zariel Amzar yang tenang dan damai tiba-tiba seperti menaiki roller-coaster di taman tema. Ini semua perempuan psiko tu punya pasal! Gosip liar mula tersebar dan dia diberi tekanan oleh mama tersayang.

Suratan atau kebetulan? Mereka kini di bawah satu bumbung.

Amzar mengambil peluang untuk membalas rasa sakit hati. Alina dibuang kerja atas alasan mengurangkan perbelanjaan syarikat.

“You are one heartless man! Saya harap…. Tak! saya doakan supaya awak dapat cari semula hati awak yang dah hilang tu.” - Alina.

You know what, I take back my word. You ni bukan gila… but downright psycho. Go and get a treatment!”- Amzar.

Kita hanya merancang. Sangka Alin selepas peristiwa itu dia tidak perlu berjumpa Si Random Guy lagi. Tapi takdir ada rancangan berbeza dan hidup mereka tidak lagi seperti dulu.

“You ingat you ni tuan puteri ke nak kena berjemput segala?”- Amzar

“Manalah saya tahu kena tunggu di bawah ni. Saya ingat encik ada di atas, saya naiklah!”- Alina

Mengenali seorang Amzar, perasaan yang Alina kunci dalam hati, muncul kembali. Cik jantung mula berdegup kencang dan cik hati mengedik tak tentu hala.


Kemunculan Hairi yang cuba mendekati semula Alina, mengundang krisis dalam hati Amzar. Apabila Cik Kerani dilayan sedingin salju, dia pula diberi ‘layanan bahu sejuk’. Menggelabah pula nak memujuk. Walaupun mulut kata benci, hati mula menari!

‘Isyyy.. kacau daun betul Si Hairi ni. Dah pergi tu, pergi ajelah’.

Siapakah yang berjaya membuka kunci hati Alina. - Hairi atau Dia… Random Guy?



* nak tahu ? Jom beli .

Ahad, 1 September 2013

Novel : Mr London Ms Langkawi




novel mr london ms langkawi


SINOPSIS 


Aidid Mukhlis – Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus.  Dari kecil sudah menetap di luar negara, membuat jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela.
Nurul Liyana – Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tetapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal.
Bila bertemu mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya…Nauzubillah.
“Macamlah bagus sangat Kota London dia tu,” ejek Liyana penuh jengkel.
“Memang bagus pun,” jawab Aidid dengan nada yang menyakitkan hati.
“Apa yang bagus sangat? Apa yang London ada, Malaysia tak ada? Cer cite….cer cite,” kata Liyana.
“Yang bagusnya, kat London tu tak ada mulut mak nenek macam kau!”
Hmmm…asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi wujudkah keserasian dalan jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?



*selamat membaca 

Novel : Suamiku Vampire





novel suamiku vampire



Sinopsis



“Danish Aniq, siapa tak kenal dia? Sejak zaman sekolah rendah lagi dia digelar vampire disebabkan personalitinya yang erotik. Waktu siang, wajahnya pucat bagaikan tak cukup darah, tapi bila malam menjelma, dia seperti makhluk yang baru mendapat kuasa luar biasa.”
Itulah yang sering diperkatakan mengenai Danish. Namun, apa yang diperkatakan, sedikit pun tidak mengganggu kehidupan Lidya yang baru berpindah di kawasan itu. Baginya, apa pun kata-kata orang tentang Danish, apa dia kisah. Sikit pun tak ada kaitan dengan dirinya.
Pertemuan kali pertama dengan Lidya, telah melahirkan rasa cinta di hati Danish. Danish berusaha mendekati Lidya. Namun, usahanya sentiasa menemui jalan buntu. Saat itu, dia mula memasang agenda. Agenda yang pasti akan membuatkan Lidya hadir di hadapannya.
Dalam bijak Danish mengatur agenda. Tidak diduga agenda yang diaturnya menjadi satu kejadian yang tidak diingini. Lidya yang telah bertakhta dalam hati, terus hilang sebelum sempat dicuri hatinya. Namun, Lidya tetap di ingatan Danish. Lidya haknya.
Takdir Allah, siapa yang dapat melawan. Jodoh dan pertemuan itu telah ditakdirkan. Danish dan Lidya ditakdirkan bersama. Walaupun Lidya bagaikan orang baru, Danish tetap mahukannya. Lidya juga berusaha dalam menjalinkan hubungan dan ikatan bersama Danish. Ada bahagia yang sudah bercambah. Namun, kebahagiaan yang baru mereka kecapi tidak berpanjangan. Ada satu rahsia yang telah terbongkar. Perasaan benci mula bercambah dalam diri Lidya untuk Danish.
Kejadian apakah yang dialami Lidya dan Danish? Apakah yang menyebabkan Danish mengatakan Lidya haknya? Rahsia apa yang telah terbongkar dan menyebabkan Lidya membenci Danish? Dapatkah mereka mempertahankan rumah tangga yang baru dibina? Dan, betul ke apa yang dikata orang selama ini? Danish itu manusia atau vampire?




#SELAMAT MEMBACA
* terima kasih .

Novel : Hello Si Merah Jambu

Assalamualaikum, hye korang. Apa khabar ? Dah bulan SEPTEMBER , cepat saja masa berlalu. Hurmm lama dah fatin  tak updates blog dah berhabuk apa? so, hari ni ada masa sikit untuk updates, lagipun fatin sibuk al-maklumlah budak PMR . Hari tak da apa yang nk diupdate .. cuma ni sja . SCROLL DOWN. selamat membaca .



novel hello si merah jambu

SINOPSIS 
Nur Farhana, minah kilang yang sentiasa menjadi perhatian pemuda di tempat kerjanya. Senyuman yang menggoda dan peramah membuatkan dia dicemburui minah yang lain. Amat gemar warna merah jambu sehingga digelar si Merah Jambu.

Dalam diam, Ako Syukur suka sangat pada Nur Farhana. Tapi takut bertepuk sebelah tangan, Ako pendamkan perasaannya. 

Hei, ada seorang jejaka yang meminati si Merah Jambu ini rupa-rupanya! Amirul Fahmi, pengurus di kilang itu. Nur Farhana tidak keruan apabila Amirul mahu melamarnya. Secocokkah minah kilang sepertinya bersuamikan seorang pengurus yang educated? Gerun. Seram. Cemas. Namun, bagaimana pula dengan Qistina, gadis pilihan keluarga Amirul?

Qistina cemburu. Hati Amirul hanya untuknya. Dia perlu melakukan sesuatu agar mereka berdua dapat disatukan. Ah, tindakannya telah menjerat dirinya sendiri! Haruskah dia akur Nur Farhana menjadi milik Amirul? Nur Farhana pula keliru. Antara Ako Syukur dan Amirul Fahmi, siapa yang berhak bertakhta di hatinya?


#SELAMAT MEMBELI & SELAMAT MEMBACA
SALAM 1 SEPTEMBER