Selasa, 7 Oktober 2014

NOVEL : RINDU KAMU MR. DARCY



novel rindu kamu mr. darcy, sinopsis rindu kamu mr. darcy, rindu kamu mr. darcy, novel terbaru 2014







SINOPSIS NOVEL :RINDU KAU MR. DARCY


 Kisah antara Faris dan Hayfa. Faris seorang lelaki yang sangat mementingkan maruahnya dan Hayfa pula seorang perempuan yang sangat prejudis.
Perkenalan bermula dengan penuh rasa kebencian. Mereka saling berharap tidak akan bertemu dengan salah seorang daripada mereka dalam dunia ini.
“Awak memang kaki skodeng, ya? Awak ikut saya sampai ke sini, ya? Awak ni sakit jiwa ke apa?”
“Eh, Encik Faris yang semuanya sempit, awak ingat saya ingin sangat ke tengok muka awak ada dekat sini. Huhhh!!!”
Tapi...
Orang kata, jangan benci sangat nanti lama-lama jadi sayang. Sayang ke kalau hanya seorang saja yang meluahkan perasaan, yang lagi seorang masih tidak bersedia?

“Tolonglah Hayfa, terimalah saya dalam hidup awak. Bukan senang nak mengajar hati saya untuk tidak jatuh cinta kepada awak. Bukan senang nak mengajar hati saya untuk berpisah dengan awak. Ini pun... Rindu sangat-sangat.”- FARIS DARWISY
Muncul pula Haziz Mukhlis, menambahkan lagi prejudis Hayfa kepada Faris. Adakah Hayfa mempercayai cerita Haziz sehingga takut menerima cinta Faris? Perlukah Faris mengetepikan maruahnya demi cintanya kepada Hayfa?
“Siapa awak sebenarnya?” - HAYFA IDHAR
“Seorang yang mencintai awak tanpa mengharapkan balasan.” - FARIS DARWISY
Mungkin untuk mengenal cinta perlukan rindu..


hANYA :
Semenanjung : RM18
Sabah/Sarawak : RM21
SELAMAT MEMBACA & SALAM AIDILADHA 2014

Novel : CALON ISTERI JUTAWAN

novel calon isteri jutawan, sinopsis calon isteri jutawan,
 
Mereka manja, cantik, seksi dan menawan. Ya! Merekalah calon-calon isteri jutawan.
Pencarian isteri untuk si jutawan bermula. Siapakah si bertuah yang dapat menyandang gelaran isteri si jutawan, IZZAD DANIEL? Wanita yang terpilih bakal mewarisi empayar perniagaannya yang bernilai jutaan ringgit.
Dia NURUL IZYANIE. Hanya gadis biasa yang memerlukan wang. Namun dia juga ingin mencuba nasib. Temu duga itu dihadirinya dengan penuh harapan.
“Lemah lembut? No… Manja? No… Seksi pun tidak. Nampaknya awak tak lulus.”
“Kalaupun saya tak layak, tak perlulah encik nak hina saya macam ni.”
“Saya bukannya nak hina awak. Tapi, awak betul-betul dah salah tempat. Ini temu duga untuk mencari calon isteri saya, bukannya temu duga untuk mencari akauntan.”
Apa? Dia sudah tersalah tempat temu duga! Hancur harapannya untuk menjadi seorang akauntan di syarikat terkemuka itu. Ingin saja dia pulang ke kampung kerana terlampau kecewa.

Anehnya. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba dia menerima tawaran bekerja. Tetapi, bukan sebagai kerani, setiausaha, mahupun akauntan. Sebaliknya...

“Cik telah terpilih sebagai calon akhir untuk memegang jawatan isteri saya.”
“Terima kasih Encik Izzad atas tawaran yang menarik ini tapi saya tidak berminat. Nak cari isteri bukan macam mencari ikan di pasar.”
“Kalau awak tak terima, awak tahulah apa nasib awak. Bukan susah kalau saya nak jatuhkan seseorang seperti awak. Malah satu keluarga awak pun saya boleh jatuhkan.”
Atas sebuah ugutan, dia terpaksa menyertai rancangan gila itu. Berhadapan dengan sembilan orang calon yang obsesi dengan si jutawan, apakah kesudahan nasibnya? Selamatkah dia dikelilingi Sally, Tengku Fathiah yang ternyata iri dengan kehadirannya? Mari selesaikannya dalam Calon Isteri Jutawan.


Semenanjung : RM25
Sabah/Sarawak : RM28
Selamat membaca !!