Isnin, 7 Mac 2016

Resepi Ayam Masak Kicap

Resepi Ayam Masak Kicap
resepi ayam , resepi ayam masak kicap, resepi ayam masak kicap simple
Bahan-bahan
  • 6 ketul ayam di besrsihkan dan di gaul dengan sedikit kunyit dan                      secubit garam.
  • 10 biji tomato cherry
  • 2 biji cili merah di hiris memanjang
  • 1 biji bawang besar di hiris
  • bahan kisar
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 10-15 biji cili padi
  • Klik di sini untuk isi bahan
  • 1 sudu teh lada hitam kisar kasar
  • 1/2 gelas air asam jawa cair
  • 1/2 gelas air
  • 1 senduk kicap manis
  • gula dan garam cukup rasa
  • minyak untuk goreng ayam
Cara-cara
  1. panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga agak garing.
  2. biarkan lebihan minyak goreng ayam dalam kuali untuk menumis.
  3. masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau dan kekuningan
  4. masukkan air asam jawa dan lada hitam kacau rata dan biarkan mendidih
  5. masukkan kicap dan air, kacau rata masukkan pula garam dan sedikit gula biarkan mendidih.
  6. masukkan ayam yang telah di goreng tadi, cili dan bawang hiris sertya tomato. kacau rata-rata hingga sebati. biarkan untuk 5 minit.
  7. tutup api dan boleh dihidang.