Sabtu, 29 Ogos 2015

Lirik Lagu : Setia Elizabeth Tan ft Faizal Tahir ( OST MENCINTAIMU )

Lirik Lagu : Setia Elizabeth Tan ft Faizal Tahir
OST MENCINTAIMU

Selamat pagi sayangku
Apa khabar dirimu
Maafkan andai menggangu lenamu
Andai pernah melukakan
Maafkan ku tak sengaja
Harus kau dan akyu selalu bicara
Kau tahu kau satunya
Ku mahu kita selamanya
Kau dan aku
Mungkin tak sempurna
Kau dan aku
Tahu takkan mudah
Kau dan aku
Mahukan sempurna
Kau dan aku
Mengharap bahagia
Setia aku
Demi dirimu
Setia aku
Hanya padamu
Andai hatimu berubah
Pastiku cuba fahami
Tetap ku melangkah terus berani
Kau tahu
Kau satunya
Kau tahu kau satunya
Ku mahu kita selamanya
Kau dan aku
Mungkin tak sempurna
Kau dan aku
Tahu tak semudah
Kau dan aku
Mahukan sempurna
Kau dan aku
Mengharap bahagia
Setia aku
Demi dirimu
ohlirik.com
Setia aku
Hanya padamu
Terima seadanya
Perbezaan kau dan aku
Bairpun apa saja
Ku percaya kau setia
Kau dan aku
Mengharap bahagia
Setia aku
Demi dirimu
Setia aku
Hanya padamu
Setia ku demi dirimu
Setia ku hanya padamu
Selamat pagi sayangku
Apa khabar dirimu
lirik lagu, lirik lagu setia, lirik lagu setia elizabeth tan ft faizal tahir, ost mencintaimu tv3,

Sabtu, 22 Ogos 2015

Novel : Mimpikan Aku Please !


novel mimpikan aku please, sinopsis mimpikan aku please





Laila Elise Katrina berdendam dengan bapanya kerana menyebabkan dia tidak berkesempatan bertemu ibunya buat kali yang terakhir. Kejayaannya langsung tidak bermakna pada dirinya. Daddy kejam!
Hati yang terluka semakin parah apabila bapanya mempertaruhkan masa hadapannya dengan Zarith, demi kepentingan syarikat. Elise tidak sanggup hidup bersama Zarith, playboy tersohor di KL lalu lelaki itu ditinggalkan pada hari pernikahan mereka.
Zarith tegar memburu Elise kerana telah memalukan keluarga, lebih-lebih lagi dirinya yang tidak pernah ditolak oleh mana-mana perempuan.
Demi Great Pan’s, Akbar Adil Haikasy sanggup meninggalkan kemewahan hidupnya. Dia rela hidup sehelai sepinggang daripada menerajui empayar perniagaan ayahnya, Tan Sri Imran.
Pertemuan Elise yang petah berkata-kata dan Akbar yang perengus di hadapan pintu Great Pan’s membuka lembaran baru dalam hidup mereka.
“Awak ni datang bulan ya?” sindir Elise.
Akbar berang. “Lebih baik kau blah, jangan kacau aku!”
“Awak ingat saya nak mengurat awak ke? Saya cuma nak tolong aje,” beritahu Elise dengan suara yang direndahkan. Dia tidak puas hati.
Akbar yang baru hendak melangkah, terhenti seketika. Sambil tersenyum sinis dia berkata, “bukan nak menolong cuma nak menyibuk. You are trying to flirt with me! Bukan aku tak perasan kau asyik tengok aku aje dari pagi tadi.”
Elise rasa tak percaya dengan kata-kata Akbar tadi. Apa yang dimaksudkan oleh Akbar adalah sewaktu dia ‘ter’renung Akbar pada pagi tadi. Lidahnya serta-merta menjadi kelu. Bukan kerana kata-kata Akbar, tetapi senyuman sinis itu amat menarik perhatiannya. Lesung pipit di kiri dan kanan, bibir yang meleretkan senyum sinis dan….
“Nampak tak apa yang aku cakap tadi?”
“Hei, sedara. Saya tenung awak bukan sebab awak tu menarik pun. You know what, you got something on your teethHere.” Elise menunjukkan dengan telunjuknya ke gigi hadapannya sendiri.
Penyatuan mereka dalam keadaan yang tidak terduga. Namun, Elise tetap bersyukur kerana dijodohkan dengan Akbar.
Kehadiran Zarith mengganggu ketenteraman hidup mereka hingga menyebabkan Elise membawa diri ke tanah tempat tumpah darah arwah ibunya. Akbar ditinggalkan dengan harapan dia bisa menemui dirinya yang dahulu, iaitu Elise yang mencintai Akbar.
Akbar reda dalam derita ditinggalkan Elise. Kehilangan. Kita takkan pernah tahu erti kehilangan sehinggalah kita merasakannya.
Tegakah Elise terus membiarkan dirinya hanyut dalam pencarian dirinya yang tidak berkesudahan itu? Sampai bila pula Akbar sabar menunggu?
“Ibarat dua hati yang sudah ditakdirkan bersatu, maka akan bertemu jua walaupun terpisah ke hujung dunia.”

Novel : Encik Gula 'Under Age'





novel encik gula under age, sinopsis novel encik gula under age






Pertemuan demi pertemuan tanpa sengaja telah menemukan MUHAMMAD AMMAR RIZQY dan QASEH QASHDINA. Bagi RIZQY, pasti ada maksud di sebalik setiap pertemuan. Mustahil dia dipertemukan dengan QASEH tanpa sebarang hikmah. Di sisi lain, QASEH tak habis-habis menyalahkan RIZQY setiap kali dia ditimpa masalah.
“Kenapa, ya? Setiap kali saya jumpa awak mesti saya ditimpa malang...”-QASEH
“Err... Awak tak rasa ke saya ni penyelamat awak. Setiap kali awak ada masalah aje saya yang selamatkan. Tak gitu? Macam ultraman selamatkan penduduk bumi...”-RIZQY
QASEH mengharapkan seorang imam yang bisa membimbing. RIZQY perlukan teman sebagai pelengkap kepada sebahagian diri yang hilang. Saat RIZQY rapuh, QASEH hadir sebagai teman yang menenangkan. Menjadi guru yang setia di sisi pelajar bernama suami. Biarpun tika itu dia sudah mengetahui, hakikat rahsia yang RIZQY sembunyikan.
“Qaseh, kalau satu hari nanti awak tahu saya sembunyikan sesuatu daripada awak, agak-agak awak marah tak?”-RIZQY
Namun QASEH hanya insan biasa. Dia juga tahu erti kehilangan. Dia juga miliki hati seorang perempuan. Terluka saat dia menyangka cintanya dikhianati. Rapuh pada ketika insan tersayang dibawa pergi.
“Maaf? Qaseh sedar tak apa Qaseh buat? Jantung abang ni...macam nak tercabut bila Qaseh tak ada kat rumah. Bukan sekali Qaseh macam ni. Tapi dua kali...”-RIZQY
Mampukah ketenangan seorang RIZQY mengembalikan senyum di bibir seorang QASEH? Masih adakah pelangi, setelah hujan lebat turun membasahi bumi?