Isnin, 28 November 2016

RESEPI : KEK COKLAT








Bahan-Bahan Kek Coklat Moist Kukus Dengan Sukatan Cawan

  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu baking powder
  • 1 sudu esen vanilla
  • 1 sudu soda bikarbonat
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan minyak masak atau marjerin di cairkan


Cara Membuat Kek Coklat Moist Kukus

1: siapkan kuali kemudian campurkan susu cair, gula, susu pekat manis, marjerin. selepas tu masak di dapur dengan api perlahan sehingga larut dan sekata.

2: sediakan bekas lain dan masukan serbuk koko, baking powder, tepung gandum, soda bikarbonat.

3: pukul telur hingga kembang kemudian masukan campuaran bahan pertama tadi ke daam adunan telur.

4: kemudian masukan sedikit demi sedikit campuran serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder, dan tepung gandum. kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.

5: selepas tu panaskan pengukus dan tunggu sehingga air mendidih. kemudian masukan adunan kek ke dalam loyang. jangan lupa sapukan marjerin pada loyang sebelum dimasukan adunan kek.

6: tutup loyang dengan alumunium foil tujuanya supaya air wap tak terkena pada kek. dan kukus adunan kek selama lebih kurang 1 jam.