Sabtu, 28 Mac 2015

Filem : PILOT CAFE Lakonan Fahrin Ahmad

filem terbaru 2015, filem pilot cafe, pilot cafe lakonan fahrin ahmad



DI PILOT CAFE SATU LEMBARAN CINTA TELAH BERPUTIK

kehidupan ini bermula di mana-mana...

tak menentu indah ataupun gundah

bila MAYA kehilangan jantung hatinya...

dia bertemu AMEER...

lelaki yang hanya tau menodai cinta.

bermula dengan SECANGKIR KOPI PANAS DI PILOT CAFE...

segala-galanya berubah untuk mereka berdua.

AMEER mula merasai apa itu cinta manakala MAYA

belajar untuk menolak cinta yang suci.

bagaimanakah akhirnya kemelut dua insan yang

sudah mula memutik bunga-bunga cinta ini.

SHARMILA, DR KHALEED dan RASYID... mereka pula

insan-insan yang terperangkap di dalam kemelut cinta ini...







Filem yang diarahkan oleh pengarah berkaliber, Osman Ali menampilkan pelakon baru yang berbakat seperti Izara Aishah  dan juga Neelofa merupakan filem dari adaptasi novel terkenal, Ahadiat Akashah berjudul “Pilot Cafe”.
Mereka digandingkan bersama dua pelakon lelaki yang ternyata punyai aura tersendiri iaitu Fahrin Ahmad dan juga Dato’ Eizlan Yusof.




SINOPSIS FILEM PILOT CAFE 





Imaginasi penulis menterjemahkan fizikal kafe yang dinamakan sebagai Pilot Café sangat luar biasa. Pada awal novel ini digambarkan bagaimana rupa dan gaya café tersebut dalam ayat-ayat yang dijalinkan rapi. Terfikir sejenak, adakah wujud kafe yang begitu kreatif dalam  dunia ini ?


Ameer merupakan anak muda yang menjadi tuan punya Pilot Café itu. Hakikatnya dia merupakan seorang juru terbang. Tetapi kehidupan telah melontarkannnya ke kancah dunia perniagaan berteraskan makanan. Segala – galanya berubah hanya kerana seorang perempuan bernama Sharmila . Ameer  yang buaya , tiba – tiba sahaja bagaikan kucing kehilangan anak tatkala Sharmila menghilangkan diri lantaran suatu peristiwa.

Dari sudut lain ada seorang gadis bernama Maya. Terlanjur bercinta dengan kekasih hati, Rashid sehinggakan perut yang kosong mulai berisi. Sikapnya itu telah mencemar maruah seluruh kaum kerabat diri. Disuruh gugur isi dalam kandungan itu ,tetapi tidak kesampaian kerana hati seorang bakal ibu yang kuat. Akhirnya dia melarikan diri dengan meninggalkan kampung halaman. Dia menjauhkan diri daripada semua yang mengenalinya. Lantaran kekasih hati tidak mahu memikul tanggungjawab. Maya tidak punya pilihan lain selain melarikan diri. Di kota raya Maya bertemu Ameer dan di sanalah suatu kisah diantara mereka bermula.

Akhir cerita, datang sepasang suami isteri bersama anak kecil lelaki ke Pilot Café. Yang datang bertandang ialah Sharmila dan yang memandang itu ialah Ameer Reza. Ada bicara yang terluah diantara mereka. Ameer Reza sedar akhirnya, bahawa apa – apa yang dilakkan oleh seseorang insan pasti akan diterimanya kembali pasa suatu saat nanti. Jika kebaikan yang dilakukan maka bahagiala yang aka menanti dan sebaliknya jka keburukan yang menjadi kelaziman maka deritalah jawabnya nanti !




Ok, tak best la kalau nak cerita semuanya . Kan, kan ? 
Banyak lagi insiden manis dan romantik bakal terjadi di dalam filem ini yang pasti akan menjadi satu lagi filem pecah panggung .So apa tunggu lagi, jom pergi pawagam !








TAJUK : PILOT CAFE  
Tarikh Tayangan :30 April 2015
Genre : Konflik Cinta
Pengarah : Osman Ali
Pelakon : Fahrin Ahmad, Izara Aishah, Neelofa,
Remy Ishak, Keith Foo, Eizlan Yusof, Dian P Ramlee,
Rosnah Johari, Zaidi Omar, Hafizzudin Fadzi

Jumaat, 20 Mac 2015

Filem : Isyarat Cinta




filem terbaru 2015, filem isyarat cinta, sinopsis filem isyarat cinta


filem terbaru 2015, filem isyarat cinta, sinopsis filem isyarat cinta



Sinopsis : Filem Isyarat Cinta



Antara barisan pelakon filem Isyarat Cinta ini ialah: 
  • Fizo Omar sebagai Ariel
  • Liyana Jasmay sebagai Dhia
  • Adi Putra sebagai Iskandar

  • Filem ini adalah tentang kisah cinta antara Iskandar (Adi Putra), seorang yang bisu yang berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat, dan Dhia (Liyana Jasmay), seorang gadis yang buta. Iskandar sebenarnya adalah seorang jutawan yang rendah hati yang mana telah menyelamatkan Dhia daripada kemalangan jalan raya. Walaupun mereka kurang upaya atau cacat, mereka saling menyimpan perasaan antara satu sama lain 
  • Rakan Iskandar iaitu Ariel (Fizo Omar) pula membantu menyampaikan apa sahaja yang Iskandar ingin berkata kepada Dhia. Walau bagaimanapun, Ariel mula mempunyai perasaan kepada Dhia dan tidak lagi mahu menjadi utusan untuk rakannya.






Di pawagam 19 Mac 2015





Ahad, 15 Mac 2015

Novel : Cinta Si Wedding Planner






novel terbaharu 2015, novel cinta si wedding planner, sinopsis novel si wedding planner










Perebutan tempat parkir kereta menjadi permulaan peristiwa kisah Zara si wedding planner  dengan Fariz, bekas tentera laut yang berhati batu.
 Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan mak lang dan pak lang hancur si tengah jalan.
 Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka antara Zara dan Fariz. Meski Fariz selalu mengejek Zara, hanya lelaki itu dapat membuatkan Zara melupakan Bazli. Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya.
 “Kerusi kereta kau ni buat aku sakit badan la.” - FARIZ
“Ni hanya kerusi kereta, bukannya tilam King Koil!”- ZARA
“Kalau ya pun, tukarlah kerusi empuk sikit. Recaro ke.” – FARIZ
 Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz.
 Abang teringin pankek, jem blueberry, and omelette for breakfast. Boleh sayang buatkan untuk abang?” – FARIZ
 "For you, my dear... I will do anything for you.” - ZARA
 Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih.
 “Hanya satu aje permintaan Zara. Kejujuran! Zara hanya nak kejujuran daripada abang.”
“Dia kekasih aku! Dah lama kami bercinta! Puas?”
Jawapan Fariz bagaikan sembilu tajam menusuk hati Zara. Fariz bertukar 360 darjah setelah munculnya wanita itu dalam rumah tangga mereka. Adakah rasa cinta terhadap kekasih lama Fariz masih mekar dalam hati lelaki itu melebihi rasa kasihnya kepada Zara?  Mampukah ikatan suci yang dahulunya kembang dengan bunga-bunga kebahagiaan dapat diselamatkan.



RESEPI : Spaghetti Carbonara

resepi spagheti, resepi spaghetti carbonara
Spaghetti Carbonara
Bahan-Bahan :

500 gram spaghetti
3 sudu besar minyak zaitun atau minyak masak
1 biji bawang besar didadu

3 biji bawang putih dihancurkan
1 peket sosej ayam dipotong ikut suka hati
Isi ayam di potong kecil

3 biji telur
200 ml double cream
100 gram keju Parmesen yang diparut
Hirisan cili padi sebagai penambah rasa
Cara-cara :

Rebuskan spaghetti di dalam air panas yang dicampur dengan minyak dan garam sehingga empuk.

Tumis bawang besar dan putih sehingga garing. Masukkan isi ayam dan sosej. Biarkan sehingga masak dan kekuningan.
Pukul telur sehingga sebati. Campurkan cream, parmesen dan masukkan sekali serbuk lada hitam. Kacau.

Tuangkan ke dalam kuali. Masak dengan api sederhana perlahan.

Apabila mereka semua dah masakdi dalam kuali. Jangan masak sampai kuah kering. Biarkan sedikt basah. Tutup api.
Hidangkan dengan taburan  lada hitam dan lebihan keju parmesen.

Untuk rasa yang lebih sedap. Bakar spaghetti di dalam oven selama 4 minit. Supaya keju tadi cair sekejap.