Ahad, 28 Julai 2013

RESEPI : Udang Harimau Berempah



resepi udang, resepi udang harimau, resepi udang harimau berempah
Bahan-bahan:

10 ekor udang harimau saiz besar - dibersihkan & ditus
6 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
15 gm halia - dikisar
6 tangkai cili merah - dikisar
1 tangkai daun kari
15 gm kulit kayu manis
5 gm biji sawi
30 gm serbuk ketumbar
30 gm serbuk jintan manis
20 gm serbuk jintan putih
5 gm serbuk kunyit
1 biji limau nipis
300 ml minyak - untuk menggoreng & menumis
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan hiasan:
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 tangkai daun kari - digoreng
1 tangkai cili merah - dibelah dua

Cara Menyediakan:

1. Gaulkan udang dengan garam dan kunyit.
2. Panaskan minyak dan goreng udang. Setelah garing sedikit, angkat dan tuskan minyaknya. Ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali (gunakan minyak udang tadi).
4. Tumis kesemua bahan yang dikisar bersama daun kari, kulit kayu manis dan biji sawi. Kacau hingga naik bau.
5. Masukkan serbuk ketumbar, jintan putih, jintan manis bersama sedikit air. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak dan hilang bau rempah.
6. Masukkan udang dan jus limau nipis. Kacau hingga rata. Masukkan gula dan garam jika perlu. Kacau lagi hingga rata.


SELAMAT BERPUASA , SELAMAT MENCUBA.

RESEPI:Ketam Bergaram Marsala



resepi ketam, resepi ketam bergaram, resepi ketam bergaram marsala,

Bahan-bahan untuk garam marsala:

3 sm kulit kayu manis
1/4 cawan bunga cengkih
1/8 cawan bunga lawang
7 hingga 8 biji buah pelaga
1/2 biji buah pala
1 sudu besar jintan manis

Cara menyediakan garam marsala:
1. Sangai (goreng tanpa minyak) kesemua bahan di atas.
2. Tumbuk halus bahan-bahan yang telah disangai.
3. Kemudian, ayak bahan-bahan tumbuk ini.
4. Simpan garam marsala ini di dalam botol yang kering.

Bahan-bahan ketam bergaram marsala:
2 hingga 3 ekor ketam - bersaiz sederhana
2 labu bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih -dihiris
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil garam marsala
2 sm kulit kayu manis
1/2 sudu kecil jintan manis
2 tangkai daun kari
1/2 cawan air asam jawa
1 cawan santan
1 cawan air
Garam secukup rasa
1/2 cawan minyak
Dua biji buah tomato - dibelah empat

CARA-CARA

 
1.  Panaskan minyak di dalam periuk.
2.  Tumis kulit kayu manis, jintan manis, daun kari, bawang dan bawang besar.
3.  Apabila naik bau, masukkan serbuk kari daging dan serbuk cili.
4.  Masukkan juga garam marsala dan satu cawan air.
5.  Kacau rata. Biarkan ia masak sehingga naik minyak.
6.  Tuangkan santan dan masukkan garam.
7.  Masukkan ketam. Kacau rata.
8.  Masak sehingga kuahnya pekat.
9.  Masukkan tomato dan kacau kuahnya.


SELAMAT BERPUASA! SELAMAT MENCUBA.

Khamis, 25 Julai 2013

RESEPI : Sotong Sumbat Istimewa

resepi sotong, resepi  sotong sumbat, sotong sumbat istimewa,
Bahan-bahan A:
10 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
5 sm halia - dikisar

Bahan-bahan B:
2 batang serai - diketuk
15 tangkai cili padi - dikisar
5 tangkai cili merah - dikisar
4 sm kunyit hidup - dikisar
1 cawan santan
2 kuntum bunga kantan - dibelah empat
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan C:
500 gm sotong - dibersihkan
Sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bahan-bahan A.
3. Masukkan pula bahan-bahan B.
4. Tumiskan kesemua bahan ini sehingga pecah minyak.
5. Bolehlah padamkan api.
6. Lumurkan bahan tumisan ini keseluruhan sotong.
7. Sumbatkan juga bahan tumisan yang sama ke dalam sotong ini.
8. Bolehlah bakar sotong ini sehingga masak.
9. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.


SELAMAT BERPUASA !!

Selasa, 23 Julai 2013

RESEPI :Asam Pedas Ayam



asam pedas, asam pedas ayam



Bahan-bahan:

6 keping ayam
1/2 cawan cili kering kisar
2 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
2 batang serai - dititik
1 ikat daun kesum - diambil daunnya
1/2 cawan perahan air asam jawa
3 1/2 cawan air
Garam secukup rasa
1/4 cawan minyak masak
Bahan-bahan untuk dikisar:
12 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sm halia
1 sm belacan
1 sm lengkuas
1 sm kunyit hidup




Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang yang sudah dimayang hingga kekuningan.
2. Tumiskan bahan kisar. Kacau hingga wangi.
3. Masukkan pula cili kisar dan serai. Kacau rata.
4. Masukkan ayam dan daun kesum. Balik-balikkan sebentar.
5. Tuangkan perahan air asam jawa. Biarkan mendidih.
6. Tuangkan air, biarkan sehingga ayam empuk.
7. Hidangkan bersama nasi putih.





Isnin, 22 Julai 2013

RESEPI : Puding Roti Perang Bercoklat

resepi puding , resepi puding roti , resepi puding roti perang , resepi puding roti perang bercoklat , resepi puding roti bercoklat



Bahan-bahan:

1/2 buku roti perang - dihiris
250 ml susu segar
250 ml krim putar
125 gm gula
5 biji telur
10 ml esen vanila
80 gm serbuk koko
50 gm kismis
100 gm coklat masakan - diparut




Cara menyediakan:


1. Masukkan hirisan roti perang dan kismis ke dalam loyang. Ketepikan.
2. Pukul telur, gula dan esen vanila sehingga kembang.
3. Masukkan krim putar, susu segar dan dan serbuk koko.
4. Pukul lagi sehingga sebati.
5. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang.
6. Taburkan parutan coklat di atasnya.
7. Bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah Selsius.


SELAMAT MENCUBA !
SELAMAT BERPUASA!

Sabtu, 20 Julai 2013

RESEPI : Daging Goreng Lada Hitam

                               daging goreng,daging goreng lada ,daging goreng lada hitam



Bahan-bahan A:

800 gm daging batang pinang - dipotong dadu
1 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak


Bahan-bahan B:
3 cawan sos perang
2 sudu besar bawang merah cincang
2 sudu kecil bawang putih cincang
3 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
50 gm mentega - dipotong dadu
1/2 cawan krim segar
5 batang jagung muda - dikerat 2 sm
1 labu bawang besar - dibelah 8
Garam secukup rasa


Cara menyediakan:
1.  Panaskan mentega di dalam kuali.
2.  Tumiskan bawang merah dan bawang putih cincang.
3.  Kacau sehingga naik bau.
4.  Masukkan sos perang. 
5.  Biarkan mendidih selama empat minit. Angkat.
6.  Bahan-bahan A digaul hingga rata.
7.  Perap selama 10 minit sebelum dimasukkan ke dalam kuali.
8.  Goreng di atas api sederhana.
9.  Apabila daging empuk, masukkan adunan sos perang.
10. Masukkan juga jagung dan bawang besar.
11. Kacau hingga rata.
12. Angkat dan hidangkan bersama nasi.
SELAMAT BERPUASA 

RESEPI : Sambal Sotong Cendawan

resepi  sambal sotong , resepi sambal sotong cendawan



Bahan-bahan:

100 gm cendawan tiram kelabu
1 keping sotong kembang - dipotong kecil
6 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
100 gm cili kering - dikisar
1 sudu besar sos tomato
1/2 cawan minyak masak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa


Cara menyediakan:

1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan cili kering. Tumis hingga cili masak.
3. Barulah masukkan sotong.
4. Biarkan sehingga sotong lembut.
5. Bolehlah masukkan sos tomato, garam dan gula.
6. Kacau rata bahan-bahan ini.
7. Akhir sekali, masukkan cendawan dan kacau selama tiga minit.


SELAMAT BERPUASA !

Khamis, 11 Julai 2013

PUDING TIRAMISU




Bahan:
- 50 g gula pasir
- 1 butir telur ayam
- 1 sdm mentega, lelehkan
- 200 ml susu segar
- 100 ml krim segar
- ½ sdt vanili bubuk
- ½ sdm tepung maizena, larutkan dengan sedikit air
- 2 lembar roti tawar tanpa kulit, potong-potong
- 1 sdm kismis


Topping:
- 1 sdt gula bubuk
- 2 buah strawberry, belah-belah

Cara Membuatnya:
  1. Kacau gula dan telur hingga gula larut.
  2. Tambahkan mentega, susu, krim dan vanili.
  3. Masukkan larutan maizena. Aduk rata.
  4. Susun potongan roti tawar dan kismis dalam 2 mangkuk tahan panas.
  5. Tuangi larutan susu.
  6. Panggang dalam oven panas 180 C selama 30 menit.
  7. Angkat. Sajikan dengan Toppingnya.

Isnin, 8 Julai 2013

Joong Ki : RUNNING MAN

Apa khabar ? hope sihat semua, dah lama  fatin tak updates blog, so hari ni ada masa terluang so boleh lha update. Entry hari nie biasa2 saja . Semua mesti tengok RUNNING MAN kan . Bohong lha kalau tak tengok. okeyh dalam cerita tu fatin minat Joong Ki. haha. jangan jelez .:P  okeyh jom layan gambar Joong Ki  yang  cute + handsome .





























thank singgah .
SELAMAT BERPUASA !