Khamis, 25 Julai 2013

RESEPI : Sotong Sumbat Istimewa

resepi sotong, resepi  sotong sumbat, sotong sumbat istimewa,
Bahan-bahan A:
10 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
5 sm halia - dikisar

Bahan-bahan B:
2 batang serai - diketuk
15 tangkai cili padi - dikisar
5 tangkai cili merah - dikisar
4 sm kunyit hidup - dikisar
1 cawan santan
2 kuntum bunga kantan - dibelah empat
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan C:
500 gm sotong - dibersihkan
Sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bahan-bahan A.
3. Masukkan pula bahan-bahan B.
4. Tumiskan kesemua bahan ini sehingga pecah minyak.
5. Bolehlah padamkan api.
6. Lumurkan bahan tumisan ini keseluruhan sotong.
7. Sumbatkan juga bahan tumisan yang sama ke dalam sotong ini.
8. Bolehlah bakar sotong ini sehingga masak.
9. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.


SELAMAT BERPUASA !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan