Ahad, 28 Julai 2013

RESEPI:Ketam Bergaram Marsala



resepi ketam, resepi ketam bergaram, resepi ketam bergaram marsala,

Bahan-bahan untuk garam marsala:

3 sm kulit kayu manis
1/4 cawan bunga cengkih
1/8 cawan bunga lawang
7 hingga 8 biji buah pelaga
1/2 biji buah pala
1 sudu besar jintan manis

Cara menyediakan garam marsala:
1. Sangai (goreng tanpa minyak) kesemua bahan di atas.
2. Tumbuk halus bahan-bahan yang telah disangai.
3. Kemudian, ayak bahan-bahan tumbuk ini.
4. Simpan garam marsala ini di dalam botol yang kering.

Bahan-bahan ketam bergaram marsala:
2 hingga 3 ekor ketam - bersaiz sederhana
2 labu bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih -dihiris
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil garam marsala
2 sm kulit kayu manis
1/2 sudu kecil jintan manis
2 tangkai daun kari
1/2 cawan air asam jawa
1 cawan santan
1 cawan air
Garam secukup rasa
1/2 cawan minyak
Dua biji buah tomato - dibelah empat

CARA-CARA

 
1.  Panaskan minyak di dalam periuk.
2.  Tumis kulit kayu manis, jintan manis, daun kari, bawang dan bawang besar.
3.  Apabila naik bau, masukkan serbuk kari daging dan serbuk cili.
4.  Masukkan juga garam marsala dan satu cawan air.
5.  Kacau rata. Biarkan ia masak sehingga naik minyak.
6.  Tuangkan santan dan masukkan garam.
7.  Masukkan ketam. Kacau rata.
8.  Masak sehingga kuahnya pekat.
9.  Masukkan tomato dan kacau kuahnya.


SELAMAT BERPUASA! SELAMAT MENCUBA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan