Sabtu, 20 Julai 2013

RESEPI : Daging Goreng Lada Hitam

                               daging goreng,daging goreng lada ,daging goreng lada hitam



Bahan-bahan A:

800 gm daging batang pinang - dipotong dadu
1 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak


Bahan-bahan B:
3 cawan sos perang
2 sudu besar bawang merah cincang
2 sudu kecil bawang putih cincang
3 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
50 gm mentega - dipotong dadu
1/2 cawan krim segar
5 batang jagung muda - dikerat 2 sm
1 labu bawang besar - dibelah 8
Garam secukup rasa


Cara menyediakan:
1.  Panaskan mentega di dalam kuali.
2.  Tumiskan bawang merah dan bawang putih cincang.
3.  Kacau sehingga naik bau.
4.  Masukkan sos perang. 
5.  Biarkan mendidih selama empat minit. Angkat.
6.  Bahan-bahan A digaul hingga rata.
7.  Perap selama 10 minit sebelum dimasukkan ke dalam kuali.
8.  Goreng di atas api sederhana.
9.  Apabila daging empuk, masukkan adunan sos perang.
10. Masukkan juga jagung dan bawang besar.
11. Kacau hingga rata.
12. Angkat dan hidangkan bersama nasi.
SELAMAT BERPUASA 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan