Selasa, 31 Disember 2013

The Last Day in 2013



Assalamualaikum dan salam terakhir 2013. Hye everybody ! . Today is 31st  December, the very last day of 2013. Tak sangka, cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru semalam celebrate birthday, tapi tahun depan still boleh celebrate birthday .Kan?  Dan umur pown akan meningkat  :) . Walaupun malam nie tepat jam 12.00 akan masuk tahun baru fatin still 15 tahun .:)) birthday lambat lagi laaaa :D . Lagipun tahun depan fatin dah Form 4 so, banyak lagi cabaran yang akan fatin tempuh . Senior next year?? Woooooo. !! tak mungkin ! tapi itulah fakta . Terima saja. 
Opss !! lupa  to all my friends yang nak pindah .  Hope hampa semua takkan lupakan kami yang still lagi di sekolah lama . Naaaaaaaaa?? . Fatin doakan jugak semoga hampa semua akan terus success . :) Walaupun tahun depan hampa semua dah tak da di sekolah lama, tapi kita tetap kawan ' Freinds till Jannah ' :)
For Fatin  2013 terlalu banyak kenangan dan cabaran  yang fatin dah lalui dan tak boleh lupakan sepanjang tahun  nie walaupun ramai kawan fatin akan berpindah sekolah tahun depan .:( .
 Opss !!!  Tak mau sedih- sedih nak masuk tahun baru dah nie !!  . Apa yang fatin harap 
'Hope 2014 is better than 2013'  :D 
KENANGAN SEPANJANG TAHUN 2013 


TRIP TO PENANG 




















My Beaautiful School 2013










Hari terakhir persekolah 2013 ' PMR Batch 2013 '














To all my friends , this is for you all.  Rindu-rindukanlah Diriku, Sepanjang Hari-Harimu ,  Kawanku  ! Kau Adalah Sahabatku Selamanya .
 ' Friends till Jannah ' InsyaAllah 


will miss you :)

 ' Hope 2014 is better than 2013 '

countdown    10  9  8  7  6  5  4  3  2  1  0





Ahad, 29 Disember 2013

LAKI - LAKI : Lakonan Angah Raja Lawak



Assalamualaikum. Ok ! Terus kepada entry kita hari ini . Semua para readers dah tahu kan filem nie . Filem nie dah ditayangkan pada 19 DISEMBER 2013 yang lalu so, bagi para readers yang masih belum tahu jom, review entry ni ...............


laki-laki, sinopsis filem laki-laki, filem laki-laki




SINOPSIS FILEM LAKI - LAKI 


Antara  barisan pelakon utamanya iaitu Angah (Raja Lawak), Zul Suphian, Adey Syafrien, Mie (Raja Lawak) dan Azriel Ismail sudah cukup membuatkan para penonton terhibur . 


Laki-Laki mengisahkan 5 lelaki, 1 program, 1 pulau terpencil.

Itu sahaja yang diperlukan untuk 5 lelaki ini menjadi kawan baik selamanya. RAZAK, ABU, AZMAN, SAMAD dan JERRY mempunyai latar belakang kehidupan yang berbeza namun apa yang mengaitkan mereka semua adalah satu masalah yang sama yang membawa mereka semua ke satu program istimewa.

 Razak, seorang kartunis yang tidak bekerja selepas syarikat tempat dia bekerja jatuh muflis dan masih tinggal bersama dengan ibunya. 

Abu pula adalah seorang chef yang kecewa kerana aweknya dirampas dan perniagaannya muflis kerana seorang yang bernama kawan baik.

Azman merupakan pemain bola sepak Malaysia yang sudah digugurkan daripada pasukannya dek kerana sikapnya yang sambil lewa. Seorang pengarah syok sendiri, Samad akhirnya gagal menghasilkan sebuah filem yang dianggapnya hebat.

Dan Jerry, seorang penyanyi rock yang telah disingkirkan daripada bandnya sendiri dan cuba bergerak solo namun tidak berjaya. Menggabungkan kelima – lima kekecewaan mereka, mereka tekad menyertai satu program motivasi untuk membantu mereka berjaya kembali. Namun, satu trategi terjadi dan mereka semua terdampar di sebuah pulau terpencil.

Bermula disini, mereka berlima belajar menerima diri masing – masing dan mula sedar yang mereka saling memerlukan.

laki-laki, sinopsis filem laki-laki, filem laki-laki



laki-laki, sinopsis filem laki-laki, filem laki-laki

laki-laki, sinopsis filem laki-laki, filem laki-laki




laki-laki, sinopsis filem laki-laki, filem laki-laki


laki-laki, sinopsis filem laki-laki, filem laki-laki



laki-laki, sinopsis filem laki-laki, filem laki-laki


Apa tunggu lagi . Jom pergi ke pawagam yang berdekatan . 

Isnin, 23 Disember 2013

Novel : Bila Blogger Jadi Maid



Novel kedua untuk hari nie BILA BLOGGER JADI MAID . Jom review sinopsis dia .




novel  bila blogger jadi maid, sinopsis bila blogger jadi maid




SINOPSIS BILA BLOGGER JADI MAID 


Boleh ke si blogger jadi maid? Bagi Risya, sikit pun tak menjadi masalah buatnya. Asalkan dia tidak goyang kaki di rumah itu, sudah cukup baik. Rutin hariannya sebagai maid, tak adalah sesusah mana. Tapi yang buat susahnya, bila dia jumpa mamat poyo, Ash.

Ash yang sering mengusik, membuatkan hubungannya dan Risya rapat. Bergurau dan bergelak ketawa sudah menjadi rencah dalam hidup mereka berdua. Tanpa diduga, Ash mahu Risya menjadi suri di hatinya saat Aimie, kekasih hatinya tidak hadir semasa majlis pernikahan mereka.

Jadi, nak saya buat apa?” 

Awak kahwinlah dengan saya.” 

Jodoh sudah tertulis buat mereka. Dalam keadaan terpaksa, mereka disatukan. Mulalah episod baru dalam hidup Risya. Memandangkan tiada rasa cinta dalam diri Risya, Risya dan Ash telah membuat satu perjanjian bodoh. Perjanjian yang menentukan sama ada status suami isteri itu masih kekal ataupun tidak.

Dalam Risya mengharap perjanjian yang dicipta menjadi nyata, ada satu rasa hadir dalam dirinya buat Ash. Saat bahagia mula menyulam rasa, hadir Wafiy yang mencintai Risya dan muncul Aimie, kembali menagih cinta Ash.

Akan bahagiakah hubungan yang Risya dan Ash jalinkan?

Perjanjian apa yang dimeterai Risya dan Ash?

Berjayakah Wafiy dan Aimie menarik perhatian insan yang disukai?

Mampukah Risya dan Ash mempertahankan rasa sayang yang mula berkembang dalam hati?

Atau, antara mereka akan ada yang berpaling tadah?

Bila blogger mampu jadi maid, adakah maid mampu menjadi seorang isteri?


TAK KENAL MAKA TAK CINTA, 
BILA DAH CINTA 
NAK TIDUR MALAM PUN TAK LENA

#bilabloggerjadimaid


Ingin tahu kesudahan novel nie . Apa tunggu lagi . Jom beli . :)

Novel : Muridku Suami Aku ?

Assalamualaikum. Hye ! Fatin kembali untuk mengupdates blog. Ok, hari fatin nak share ngan para readers sekalian novel dari FAJAR PAKEER yang bertajuk MURIDKU SUAMI AKU ? Nak tau cerita nie macam mana? Jum review dia punya sinopsis . :)

novel muridku suami aku, sinopsis novel muridku suami aku
SINOPSIS MURIDKU SUAMI AKU ?



Bermula dengan misteri kewujudan bilik muzik di Sekolah Tinggi Swasta yang dikatakan sebagai kawasan larangan itu, Ariana dengan Akmal ditemukan. Ariana, guru muda yang baru sahaja melapor diri di sekolah swasta tersebut sentiasa ingin tahu kenapa bilik muzik yang dibina di dalam kawasan sekolah itu boleh jadi ‘kawasan larangan’ bagi pelajar-pelajar dan guru-guru. Perasaan ingin tahu yang membuakbuak itu telah merubah nasib Ariana selamanya. Akmal, pelajar tingkatan enam atas yang digelar sebagai ketua enam jahanan itu begitu ditakuti dan digeruni oleh bukan sahaja pelajar sekolah, malah segelintir guru juga. Pertemuan yang tidak pernah dirancang antara Ariana dan Akmal di bilik muzik itu membawa perubahan yang besar dalam hidup mereka berdua.Orang kata, jangan kita terlalu membenci seseorang, kelak akan jatuh sayang pula. Begitulah yang berlaku antara Akmal dan Ariana. Sejak pertemuan di bilik muzik itu, mereka bagaikan anjing dan kucing. Kadangkala Ariana takut dan gerun dengan Akmal yang macam samseng itu, kadangkala pula timbul rasa menyampah dalam hati Ariana.“Kau nak tahu apa salah kau pada aku? Kau... dah buat... aku gila. Kau tak faham, hah? Kau masih tak faham? Aku dah jatuh cinta dengan kau dan kau masih tak faham?! Kau buat aku jadi gila bayang asyik teringatkan kau! Dan semua ni salah kau! Perempuan bodoh!” Bagaimana benci bertukar menjadi sayang? Semua ini berlaku ketika Akmal dan Ariana tersesat di dalam hutan dan menyebabkan mereka terpaksa menghabiskan masa bersama-sama pada malam itu dan dari situ Ariana kenal siapa Akmal sebenarnya dan Akmal, saat itu dia sedar yang hatinya sudah jatuh cinta.“Cuba fikirkan...”Ariana diam. Otak terasa lembap nak loading. “Fikir apa?” “Tentang perasaan saya... pada awak.”Namun, bolehkah seorang guru mencintai anak murid sendiri? Sudah itu, Ariana kan cikgu yang beretika dan berkaliber manakala Akmal penyangak kelas satu kumpulan enam jahanam.

nak tahu kesudahan novel ni ? Tunggu apa lagi jom beli . Hanya RM30.00










Jumaat, 13 Disember 2013

Novel : My Precious Iris



Hye ! Hari nie tak da cerita yang menarik cuma tadi pergi GOOGLE terjumpa novel, macam best ja, so that why Fatin updates untuk rakan blogger nak baca. Novel MY PRECIOUS IRIS kesinambungan dari novel BEST SELLER I LOVE YUO, STUPID !
So, tunggu apa lagi jom baca sinopsis dia. :)



novel my precious iris, sinopsis my precious iris
SINOPSIS NOVEL MY PRECIOUS IRIS


 Kisah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. Manusia adalah apa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayainya. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris?
“Kaya raya sampai langit ketujuh sekali pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boy-friend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!”- FIRMAN


“I ada tiga cadangan nama baby. Cullan-Gaelic meaning spirit of God and handsome, Gavin-Welsh,     a fierce and strong warrior. They’re unique and yet go perfectly with the Irish last name. Tapi yang paling memukau nama Aidan dan Iris itu sendiri. Apa saja mengenai Iris sentiasa mengingatkan I ketika di Dublin, Ireland.”- AIDAN
“You tak ada apa-apa perasaan kat I sebab you dah ada orang lain. Macam I tak kenal dengan rupa perempuan macam you. Tak pernah puas dengan seorang lelaki…”- HARIS
Aku diberi gelaran my precious... Sejak awal pertemuan kami... Dia cuba menyedarkan aku dengan cara halus... Aku sangat berharga sebagai seorang gadis maka aku harus menjaga penghargaan itu.- IRIS

Ingin tahu kesinambungannya ? Jom beli :)

Novel : I Love You, Stupid !




novel i love you, stupid !, novel i love you stupid, sinopsis i love you stupid



SINOPSIS NOVEL I LOVE YOU, STUPID!


KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.
Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!
Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!
“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan 
Abang pedas? Eye Mo aku!
“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris
“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...”  – Abang pedas
Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris
“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim
Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!
“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”
“Dan apa?” - Firman
“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris
Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.
Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.
“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”
Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…
“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”


Nak Tahu kesudahan novel ni , Tunggu apa lagi jom beli ! :)
Harga : RM39.00

Novel : Mr. Pai Epal by Mardihah




novel mr pai epal, sinopsis mr pai epal, sinopsis mr. pai epal





SINOPSIS NOVEL MR. PAI EPAL

Sejak kami berdua berkenalan, pelangi sentiasa sahaja menemani hari-hari aku. Bukan setakat pelangi, bunga sakura pun terkejut dan tumbuh di Malaysia. Transformers pun tiba-tiba terpacul jadi pak guard. Mereka siap mengiringi musim cinta kami. Ye o o aje dia tu mengurat aku. Heh.
“Cik Yaya sayang? Ooo... Cik Yaya sayang. Rindu saya tak?” – IZZ AMIR
“Gila!” – YAYA
“Ya, kan saya mengaku saya gila. Gilakan awak.” – IZZ AMIR
Yaya dan Izz Amir. Mereka bertemu dengan iringan hujan yang menyanyi. Mereka bersatu dengan rintik hujan yang sedang menari-nari. Peristiwa itu terus terpahat dalam hati Izz Amir dan membuahkan rasa cinta sehingga membawa ke dunia impian mereka.
Namun musim cinta yang mekar terus lenyap apabila kepercayaan aku kepadanya menipis. Berkubur nama Izz Amir. Lenyap dan mati sehingga aku membenci. Aku memadam kenangan itu. Membawa diri ke Le Cordon Bleu, Paris. Cita-cita menjadi pengganti dan aku mengusir namanya yang pernah bermukim dalam kotak hati. Namun hati benar-benar terusik dengan kemunculan semula dan kesungguhannya. Mata dia, benar-benar menawan seluruh jiwa dan raga.
“Ya, saya yang sentiasa mengekori awak setiap masa, Yaya. Please. Please. Beri saya ruang dan masa untuk bertemu dan bercakap dengan awak.” – IZZ AMIR

“Aku benci kau, Izz Amir! Dari dulu sampailah sekarang. Pergi! Pergi!” – YAYA

Cik hati, kenapa kau membenci tetapi ada nada cinta bersemi? Cik bibir, mengapa sukar melafazkan meski selalu menyebut namanya yang dirindui? Kenapa sukar melenyapkan namanya dalam jiwa ini? Mengapa?


 Kalau dia inti pai epal, aku kulit pastrinya
Apabila dicantum, rasanya manis seperti cinta !

#Jangan lupa beli, best novel ni ! Hanya RM28.00 sahaja.