SINOPSIS MURIDKU SUAMI AKU ?
Bermula dengan misteri kewujudan bilik muzik di Sekolah Tinggi Swasta yang dikatakan sebagai kawasan larangan itu, Ariana dengan Akmal ditemukan. Ariana, guru muda yang baru sahaja melapor diri di sekolah swasta tersebut sentiasa ingin tahu kenapa bilik muzik yang dibina di dalam kawasan sekolah itu boleh jadi ‘kawasan larangan’ bagi pelajar-pelajar dan guru-guru. Perasaan ingin tahu yang membuakbuak itu telah merubah nasib Ariana selamanya. Akmal, pelajar tingkatan enam atas yang digelar sebagai ketua enam jahanan itu begitu ditakuti dan digeruni oleh bukan sahaja pelajar sekolah, malah segelintir guru juga. Pertemuan yang tidak pernah dirancang antara Ariana dan Akmal di bilik muzik itu membawa perubahan yang besar dalam hidup mereka berdua.Orang kata, jangan kita terlalu membenci seseorang, kelak akan jatuh sayang pula. Begitulah yang berlaku antara Akmal dan Ariana. Sejak pertemuan di bilik muzik itu, mereka bagaikan anjing dan kucing. Kadangkala Ariana takut dan gerun dengan Akmal yang macam samseng itu, kadangkala pula timbul rasa menyampah dalam hati Ariana.“Kau nak tahu apa salah kau pada aku? Kau... dah buat... aku gila. Kau tak faham, hah? Kau masih tak faham? Aku dah jatuh cinta dengan kau dan kau masih tak faham?! Kau buat aku jadi gila bayang asyik teringatkan kau! Dan semua ni salah kau! Perempuan bodoh!” Bagaimana benci bertukar menjadi sayang? Semua ini berlaku ketika Akmal dan Ariana tersesat di dalam hutan dan menyebabkan mereka terpaksa menghabiskan masa bersama-sama pada malam itu dan dari situ Ariana kenal siapa Akmal sebenarnya dan Akmal, saat itu dia sedar yang hatinya sudah jatuh cinta.“Cuba fikirkan...”Ariana diam. Otak terasa lembap nak loading. “Fikir apa?” “Tentang perasaan saya... pada awak.”Namun, bolehkah seorang guru mencintai anak murid sendiri? Sudah itu, Ariana kan cikgu yang beretika dan berkaliber manakala Akmal penyangak kelas satu kumpulan enam jahanam.
nak tahu kesudahan novel ni ? Tunggu apa lagi jom beli . Hanya RM30.00
nak tahu kesudahan novel ni ? Tunggu apa lagi jom beli . Hanya RM30.00
Tiada ulasan:
Catat Ulasan