- Masa:
- Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 15 Minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 2 Orang Makan
Bahan-Bahan:
- 3 ekor ketam segar
- 1 batang serai, dititik
- 1 helai daun kunyit, carikkan
- 2 cawan santan pekat
- 1 keping asam gelugor
- Bahan untuk kisar halus:
- 5 biji cili api
- 2 biji cili merah
- 1/2 biji bawang besar
- 3 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Secubit belacan
Cara Penyediaan:
- Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.
- Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.
- Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.
Tips: Jika ketam betina yg
mempunyai telur anda tidak perlu buang kulit (seperti dalam gambar).
Jika ketam biasa, buang kulit dan potong dua bahagian dan leraikan kaki
bersepit.
#selamatmemasak
# 100 copy
#salam4ramadhan :)
#selamatmemasak
# 100 copy
#salam4ramadhan :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan