Rabu, 15 Julai 2015

Resepi | Biskut Cornflakes Coklat Badam |


Hai ! Salam Ramadhan 28 . Hari ini, fatin nak kongsikan resepi biskut raya . Mesti ramai yang nak buad biskut raya tapi tak tahu nak buat biskut apa. Senang saaja, jom follow resepi kat bawah nie .




Resepi |  Biskut Cornflakes Coklat Badam |


resepi biskut raya, resepi kuih raya, resepi biskut conflakes, resepi biskut conflakes coklat badam








Bahan-Bahan:

150 gram cornflakes
150 gram coklat bar
50 gram badam cincang
1-2 sudu besar shortening, gantikan dengan mentega pun boleh



Cara Penyediaan:

Panaskan oven dan bakar badam cincang dengan suhu 170°C selama 10-15 minit atau sehingga badam masak sempurna. Angkat dan sejukkan.
Tuang cornflakes di dalam mangkuk besar dan ramas kasar sedikit supaya senang disudukan ke dalam cawan kertas nanti.
Cincang kasar coklar bar supaya mudah cair. Kemudian cairkan coklat bersama shortening menggunakan kaedah double boiler dan kacau hingga betul-betul sebati.
Tuang coklat cair ke dalam mangkuk cornflakes dan gaulkan bersama badam cincang sehingga sekata. Sudukan ke dalam papercup.
Taburkan dengan sprinkles atau gula hiasan ketika coklat masih cair supaya senang melekat. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan