Ahad, 21 April 2013

NOVEL : PUDINA CINTA

JOM BACA, novel pudina cinta



SINOPSIS :


Rabunah, heroin cerita ini. Eh! Eh! Jangan pandang rendah dengan namanya biarpun tak komersial mana. Dia ini bakal doktor gigi dan kemaruk pula dengan ubat gigi perasa pudina. Aneh-aneh saja bukan? Hendak kata lawa, boleh tahanlah juga. Kalau tidak, mana mungkin empunya diri boleh menambat hati putera idaman yang menjadi rebutan. Tapi... dia berpegang pada satu prinsip. Tak mahu couple sebelum ada ikatan yang sah. Habis, menikah teruslah jawabnya? Nama pun cinta, perasaan halus itu tetap menjalar dalam diri tetapi tidaklah dia layankan sangat. Apatah lagi dia terpaksa menghadap Natasha Giselle, perempuan berlagak diva keturunan Genghis Khan, yang turut menaruh perasaan terhadap lelaki yang serupa. Sakit jiwa hendak melayan! Nasib baiklah dia punya kawan-kawan sekepala, iaitu Wawa, Alin dan Azlie yang sengal-sengal ubi otak mereka. Sentiasa ada bersamanya saat gembira mahupun duka. Kawan-kawan yang punya cerita dan masalah mereka sendiri. Dunia persahabatan yang indah tetapi mungkinkah dunia percintaan untuk dirinya lebih indah daripada itu?

“You don’t love a woman because she is beautiful, she is beautiful because you love her. And I really really love you. Awak nak tengok saya buat kerja gila?” – Ally 

“Saya tidak ada apa-apa yang istimewa. Awak sebenarnya boleh pilih yang lebih baik, lebih cantik dari saya...” - Rabunah 

“Aku simbah asid dekat muka perempuan tu! Kau sendiri tahu bukan, aku boleh buat lebih kejam dari itu!” – Natasha Giselle




P/S : thank membaca! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan