Ahad, 25 Ogos 2013

RESEPI : Puding Strawberi

resepi puding, resepi puding strawberi
BAHAN-BAHAN
10 gm agar-agar serbuk
700 gm air
1 gelas gula
2 biji telur - asingkan putih dan kuningnya
1/4 tin susu cair
Sedikit pes strawberi

Cara Menyediakan:

1. Masak agar-agar bersama gula dan air hingga mendidih.
2. Bahagikan kepada dua bahagian, ketepikan.
3. Pukul putih telur hingga kembang, campurkan ke dalam satu bahagian agar-agar bersama pes strawberi, kacau rata.
4. Sediakan bekas-bekas kecil, tuangkan sedikit adunan berpes strawberi ke dalam bekas.
5. Agar-agar selebihnya dicampurkan dengan susu cair dan kuning telur. Masak hingga mendidih.
6. Tuangkan adunan ini ke dalam bekas yang berisi agar-agar berpes strawberi tadi.


 SELAMAT MENCUBA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan