Ahad, 26 Mei 2013

RUNNING MAN AKAN DISIARKAN DI TV2 MULAI 1 JUN INI













RUNNING MAN DISIARKAN DI TV2 MULAI 1 JUN ini


Program variasi popular RUNNING MAN dari Korea Selatan seakan menjadi fenomena kepada masyarakat Malaysia, apabila mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton terutama penggemar artis Korea. Dikelaskan sebagai sebahagian daripada Rancangan Terbaik Ahad SBS yang menampilkan bintang – bintang K-POP masa kini, program ini diklasifikasikan sebagai “urban action variety” satu genre baru yang tidak pernah dipaparkan sebelum ini.









Bakal menemui penonton mulai 1 Jun 2013, setiap Sabtu, jam 4.00 petang menerusi saluran TV2, program ini menyaksikan kesemua peserta perlu menyelesaikan misi untuk memenangi pertandingan. Rancangan ini juga telah dapat menarik perhatian penonton adalah kerana ianya program “come back” bagi salah seorang peserta Running Man ini iaitu Yoo Jae-Suk selepas dia meninggalkan program “Good Sunday’s Family Outing” pada Februari 2010.
Peserta-peserta Running Man terdiri daripada Yoo Jae-Suk, Ji Suk-Jin, Kim Jong-Kook, Gary, Ha-Ha, Lee Kwang Soo dan Song Ji-Hyo. Song Ji-Hyo pada asalnya adalah seorang tetamu jemputan di dalam episod ke 2, 3, 4 dan 5 namun secara rasminya menyertai rancangan ini dalam episod ke 6.
Yoo Jae-Suk juga dikenali sebagai Yu-Ruce Willis semasa misi perlumbaan di mana dia pandai melarikan diri. Nama ini adalah parody dari Bruce Willis dalam Die Hard. Dia juga dikenali sebagai Yu-Hyuk, yang bertindak sebagai seorang pelajar popular yang boleh menari dengan baik. Dalam episod ke 38 “Usual Suspects of Man Running” , dia dikenali sebagai Yu-MES Bond, dimana dia perlu menyamar sebagai tetamu dan menghapuskan semua peserta lain dalam misi “Find the Guests”.









Manakala Ji Suk-Jin, ahli paling lama dalam Running Man dan dikenali sebagai “Big Nose Older Brotherfor” disebabkan oleh hidungnya yang besar. Dia sering digambarkan sebagai lemah semasa pertandingan dan sering dan mudah ditangkap.
Kim Jong-Kook pula dianggap individu paling kuat di dalam rancangan ini dan dikenali sebagai Sparta_Kook dan Komander kerana kemahiran beliau dalam menangkap peserta lain semasa misi perlumbaan. Sparta-Kook adalah parody filem 300, penampilan secara tiba-tiba dan menunjukkan kekuatanya biasanya diiringi oleh soundbite “This is Sparta” diambil dari filem tersebut. Dia menggunakan taktik yang berjaya untuk menghapuskan peserta yang lain semasa misi perlumbaan.
Gary, salah seorang daripada “variety rookies”, dikenali sebagai Peaceful Gary kerana ekspresi mukanya yang tenang semasa Photo Zone Game dan di sepanjang rancangan. Dia juga dikenali sebagai GAE-Colas Cage semasa misi perlumbaan, yang merupakan parody Nicolas Cage. Namun dia juga mudah tertipu oleh orang lain dan dikenali sebagai seorang yang keliru dengan konsep pada setiap masa.









Ha-Ha sebagai Ha-Roro kerana penampilanya yang mirip kepada watak kartun kanak -kanak “Pororo The Little Penguin”. Semasa perlumbaan, dia dikenali sebagai Ha-Rad Pitt yang merupakan parodi Brad Pitt. Dia juga sering merasakan seolah-olah dirinya adalah peneraju utama sebuah filem yang diimaginasikannya sendiri. Apabila sesuatu perkara yang berlaku tidak mengikut caranya, dia akan menyatakannya secara lisan dan menyebabkan peserta lain ketawa.
Salah seorang daripada “variety rookies”, Lee Kwang-Soo telah membina imej yang dikenali sebagai Framer Kwang-Soo, dimana dia sering menyebarkan khabar angin yang memalukan dan sering tidak masuk akal. Dia juga dikenali sebagai Kwang-Vatar kerana penampilan yang mirip spesies Na’Vi dalam filem Avatar dan Kwang-Potter untuk penampilan yang sama dengan Harry Potter apabila dia memakai cermin mata.
Menariknya penampilan Song Ji-Hyo, satu-satunya peserta wanita di dalam Running Man. Song Ji-Hyo dikenali sebagai Song Ji-Yok, dimana “Yok” membawa maksud “sumpah” kerana kata- kata kesatnya terhadap beberapa peserta lain seperti Lee Kwang-Soo dan Ha-Ha. Dia juga dikenali sebagai Mong Ji-Hyo, “mong” membawa maksud “keliru” ini kerana ekpresi mukanya sering menampakan dirinya berada dalam keadaan keliru. Semasa misi perlumbaan, dia digelar sebagai Ace kerana kemahiran dirinya dalam menangkap peserta lain sama seperti Kim Jong-Kook.



SELAMAT MENONTON !

5 ulasan: