kehidupan ini bermula di mana-mana...
tak menentu indah ataupun gundah
bila MAYA kehilangan jantung hatinya...
dia bertemu AMEER...
lelaki yang hanya tau menodai cinta.
bermula dengan SECANGKIR KOPI PANAS DI PILOT CAFE...
segala-galanya berubah untuk mereka berdua.
AMEER mula merasai apa itu cinta manakala MAYA
belajar untuk menolak cinta yang suci.
bagaimanakah akhirnya kemelut dua insan yang
sudah mula memutik bunga-bunga cinta ini.
SHARMILA, DR KHALEED dan RASYID... mereka pula
insan-insan yang terperangkap di dalam kemelut cinta ini...
Filem yang diarahkan oleh pengarah berkaliber, Osman Ali menampilkan pelakon baru yang berbakat seperti Izara Aishah dan juga Neelofa merupakan filem dari adaptasi novel terkenal, Ahadiat Akashah berjudul “Pilot Cafe”.
Mereka digandingkan bersama dua pelakon lelaki yang ternyata punyai aura tersendiri iaitu Fahrin Ahmad dan juga Dato’ Eizlan Yusof.
SINOPSIS FILEM PILOT CAFE
Imaginasi penulis menterjemahkan fizikal kafe yang dinamakan
sebagai Pilot Café sangat luar biasa. Pada awal novel ini digambarkan bagaimana
rupa dan gaya café tersebut dalam ayat-ayat yang dijalinkan rapi. Terfikir
sejenak, adakah wujud kafe yang begitu kreatif dalam dunia ini ?
Ameer merupakan anak muda yang menjadi tuan punya Pilot Café
itu. Hakikatnya dia merupakan seorang juru terbang. Tetapi kehidupan telah
melontarkannnya ke kancah dunia perniagaan berteraskan makanan. Segala –
galanya berubah hanya kerana seorang perempuan bernama Sharmila . Ameer yang buaya , tiba – tiba sahaja bagaikan
kucing kehilangan anak tatkala Sharmila menghilangkan diri lantaran suatu
peristiwa.
Dari sudut lain ada seorang gadis bernama Maya. Terlanjur bercinta
dengan kekasih hati, Rashid sehinggakan perut yang kosong mulai berisi. Sikapnya
itu telah mencemar maruah seluruh kaum kerabat diri. Disuruh gugur isi dalam
kandungan itu ,tetapi tidak kesampaian kerana hati seorang bakal ibu yang kuat.
Akhirnya dia melarikan diri dengan meninggalkan kampung halaman. Dia menjauhkan
diri daripada semua yang mengenalinya. Lantaran kekasih hati tidak mahu memikul
tanggungjawab. Maya tidak punya pilihan lain selain melarikan diri. Di kota
raya Maya bertemu Ameer dan di sanalah suatu kisah diantara mereka bermula.
Akhir cerita, datang sepasang suami isteri bersama anak
kecil lelaki ke Pilot Café. Yang datang bertandang ialah Sharmila dan yang
memandang itu ialah Ameer Reza. Ada bicara yang terluah diantara mereka. Ameer Reza
sedar akhirnya, bahawa apa – apa yang dilakkan oleh seseorang insan pasti akan
diterimanya kembali pasa suatu saat nanti. Jika kebaikan yang dilakukan maka
bahagiala yang aka menanti dan sebaliknya jka keburukan yang menjadi kelaziman
maka deritalah jawabnya nanti !
Ok, tak best la kalau nak cerita semuanya . Kan, kan ?
Banyak lagi insiden manis dan romantik bakal terjadi di dalam filem ini yang pasti akan menjadi satu lagi filem pecah panggung .So apa tunggu lagi, jom pergi pawagam !
Tarikh Tayangan :30 April 2015
Genre : Konflik Cinta
Pengarah : Osman Ali
Pelakon : Fahrin Ahmad, Izara Aishah, Neelofa,
Remy Ishak, Keith Foo, Eizlan Yusof, Dian P Ramlee,
Rosnah Johari, Zaidi Omar, Hafizzudin Fadzi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan