Rabu, 15 Januari 2014

LAGA : Lakonan Wan Hanafi Su


Assalamualaikum. Hi . Apa khabar ? Tahun 2014, dah jarang online sebab kembali sebagai seorang pelajar so, kalau ada masa boleh lha online. Hari ni fatin nak updates filem yang akan ditayangkan tak lama lagi .. nak tau ? jom2 review ... Enjoy !! 



laga, sinopsis filem laga, filem laga lakonan wan hanafi su, filem laga



SINOPSIS FILEM LAGA

Filem ini mengisahkan senario di sebuah kampung yang amat menggilakan permainan sabung ayam sehinggakan melibatkan bunuh-membunuh dan pertaruhan isteri. Filem Laga adalah berkisar mengenai kisah orang kampung yang kuat berjudi dengan bermain laga ayam. Wan Hanafi Su yang memegang watak Hassan Laga adalah punca segala perbalahan yang berlaku di kampung tersebut.
Hassan merupakan seorang kaki judi tegar yang gemar menghisap rokok. Kehidupannya penuh dengan gelak tawa bersama rakan judi yang lain. Dia memiliki seorang isteri yang jelita lakonan menggoda dari Marsha. Hassan ini tampak luarannya seperti ganas namun bersama isteri segalanya bertukar menjadi lembut. Terdapat beberapa babak di dalam kelambu bersama Marsha yang boleh saya katakan antara ‘trademark’ Ismail Yaakob di dalam setiap filemnya.

laga, sinopsis filem laga, filem laga lakonan wan hanafi su, filem laga

HASSAN LAGA dilakonkan oleh Wan Hanafi Sue mempunyai isteri yang amat cantik iaitu Marsha Londoh melakonkan watak AYU. Di atas desakan DASUKI (Nasir Bilal Khan) menyuruh Ayu menjadi taruhan kerana Dasuki pernah mengintai Ayu di rumah Hassan Laga membuatkan Hassan Laga menjadi hilang sabar atau pun mencabar kelakiannya. Tyas Mirasih melakonkan watak Maya yang baru tiba ke kampung Sabri kerana melawat makciknya.
Akhirnya SABRI (Syazwan Zulkifli) berjaya memaut hati Maya dan membawanya lari dari kampung tersebut kerana tindakan Sabri tidak sengaja membunuh Hassan Laga.

laga, sinopsis filem laga, filem laga lakonan wan hanafi su, filem laga


laga, sinopsis filem laga, filem laga lakonan wan hanafi su, filem laga




Dah tau sinopsis, apa tunggu lagi jom ke pawagam yang berdekatan dengan anda !
akan ditayangkan pada
23 JANUARI 2014







Tiada ulasan:

Catat Ulasan