Rabu, 1 Januari 2014

RUMAH SEWA RM50



Assalammualaikum.. Hye ! HAPPY NEW YEAR ! Filem terbaru untuk 2014 yang diberi tajuk RUMAH SEWA RM 50 akan ditayangkan di pawagam mulai 2 JANUARI 2014 . Jom review. 




rumah sewa rm50, sinopsis filem rumah sewa rm50,



SINOPSIS FILEM RUMAH SEWA RM50



“RUMAH SEWA RM50 … KAU TIDAK AKAN DAPAT BERTAHAN WALAU PUN SEMALAMAN! Sinopsis Mengisahkan tentang sekumpulan 5 sahabat sekerja Wan, MJ, Cassandra, Raji dan Hazel yang mencari rumah sewa. Mereka gembira kerana berjaya mendapatkan rumah sewa dalam waktu singkat walaupun rumah tersebut terletak jauh sedikit dari hiruk pikuk bandar. Tapi yang paling penting, rumah sewa tersebut amatlah murah. Tanpa berfikir panjang, mereka bersetuju untuk menyewa rumah tersebut walaupun Tuan Rumah telah menceritakan perihal rumah tersebut kepada mereka. Semasa mengemas rumah sewa baru mereka, ada di antara 5 sahabat dengan tidak sengaja telah membangkitkan ‘mereka’ yang telah lama menghuni rumah tersebut. Hari pertama mereka mendiami rumah tersebut, Cassandra telah dirasuk. Semasa mereka mencari punca perkara itu berlaku, Hazel dan Raji pula menghilang secara tiba-tiba. Wan dan MJ buntu mencari punca semua peristiwa itu terjadi sehingga menyebabkan Wan mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah tersebut. Walau bagaimanapun, Wan kembali untuk menolong MJ atas dasar persahabatan. Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku malam itu. Mampukah MJ dan Wan bertahan sepanjang malam itu sementara menunggu pagi untuk mendapatkan bantuan? Ke mana Hazel dan Raji menghilang? Bagaimana pula dengan Cassandra? Dapatkah MJ dan Wan menyelamatkan rakan-rakan perempuan mereka? Sama-sama kita dapatkan jawapannya di dalam “ HAYAT - RUMAH SEWA RM50… KAU TTDAK AKAN DAPAT BERTAHAN WALAU PUN SEMALAMAN! “ sebuah karya suspen triler arahan M.Jamil…




rumah sewa rm50, sinopsis filem rumah sewa rm50,


rumah sewa rm50, sinopsis filem rumah sewa rm50,



rumah sewa rm50, sinopsis filem rumah sewa rm50,

antara barisan pelakon RUMAH SEWA RM50


rumah sewa rm50, sinopsis filem rumah sewa rm50,



rumah sewa rm50, sinopsis filem rumah sewa rm50,




Jangan lupa ke pawagam 2 JANUARI 2014 


HAPPY NEW YEAR  !!!







4 ulasan: