Selasa, 7 Januari 2014

MUKA SURAT CINTA : Lakonan MIKAIL ANDRE

Assalamulaikum. Hye !.  HAPPY NEW YEAR ! 

 Filem terbaru untuk tahun 2014:  Muka Surat Cinta merupakan filem arahan Pierre Andre keluaran MIG Pictures Sdn. Bhd. Filem romantik ini bakal menemui penonton di pawagam mulai 16 Januari 2014. Pelakon utama yang membintangi filem ini ialah Mikail Andre sebagai Putra dan Nina Iskandar sebagai Luna. Pelakon lain seperti Atikah Suhaimie sebagai Nurul, Hilal Azman sebagai Dato Khalid, dan Lan Zailan sebagai Zahid.akan ditayangkan   Januari 2014 . Nak tahu tentang apa ? Jom review !.
muka surat cinta, sinopsis muka surat cinta, mikail andre
SINOPSIS FILEM ; MUKA SURAT CINTA
Perkahwinan Putra dan Luna sudah pun mencecah setahun. Namun hubungan mereka berdua begitu hambar. Putra sibuk mencari kembali minatnya dalam dunia penulisan, dengan membaca sebuah novel indie. Di dalam novel tersebut, dia terbaca sesuatu ayat yang menarik perhatiannya, yang tetulis pada muka surat 7 novel tersebut. Ayat tersebut membuatkan Putra ingin tahu siapa yang menulisnya. Bermula dengan pertemuan pertama bersama Zahid, Putra mendapatkan maklumat tentang peminjam novel tersebut. Zahid memberitahu Putra bahawa novel tersebut, pernah dibaca oleh isteri Zahid dan novel tersebut diambil disebuah perpustakaan lama. Lantas Putra bergegas ke perpustakaan yang dinyatakan dan mencari list peminjam novel tersebut, untuk mengetahui siapa yang meminjam novel itu dan siapa yang menulis ayat-ayat indah di muka surat 7 novel tersebut. Setelah dia hampir tahu siapa yang menulis nota itu, dia tiba-tiba teringat akan Luna dirumah, walaupun setahun hubungan mereka penuh dengan kehambaran, namun kesetiaan Luna tak pernah terputus buat Putra. Putra membatalkan niatnya untuk berjumpa dengan perempuan misteri tersebut dan pulang ke rumah. Setibanya Putra dirumah, baru dia tersedar yang tulisan Luna sama seperti tulisan dalam muka surat 7 novel yang dibaca Putra.





muka surat cinta, sinopsis muka surat cinta, mikail andre





Nantikan dipawagam berdekatan anda! 16 JANUARI 2014 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan